Thursday, July 11, 2013

melakar pola jubah moden dan kurung moden

assalamualaikum w.b.t

di pagi hari yang penuh berkat ini aku nak sharedkan pada korang cara-cara nak buat pola jubah moden..pola ni juga boleh digunakann untuk membuat kurung moden..sebab same je..hihi..

BAHAGIAN HADAPAN


1-2 : ukuran keliling dada bahagi 4
1-3 : ukuran labuh pinggang
3-4 : ukuran pinggang ke punggung (8" dewasa)
1-5 : ukuran labuh baju yang dikehendaki
1-6 : ukuran bahu (gariskan sudut 90darjah ke 7)
1-9 : ukuran leher bahagi 6 + 1cm
9-10 :  turunkna 5 1/2" @ 6" (lakarkan bentuki leher yang dimahukan)
6-11 : turunkan 1"
2-8 : ukuran dada bahagi 4 +3/4"
12 : 11 ke 7 bahagi 2
12-13: masukkan 1/2" @ 3/4"(sambungkan 9,11,13 dan 8 menggunkan pembaris L)
3-14 : ukuran keliling pinggang bahagi 4
14-15 : + 1/2"
4-16 : ukuran keliling punggung bahagi 4
16-17 : + 1/4" @ 1/2" @ 3/4"
5-8 : sama seperi 4-7 ,sambungkan 8,15,17 dan 18 (guna pembaris lengkung body)
18-19 : naikkan 1/2" (guna pembaris body)

BAHAGIAN BELAKANG

note : segala ukuran sama seperti pola bahagian hadapan..yang berbeza adalah baju belah belakang dibelah tengah untuk diletakkan zip dan ukuran 1-10 : turunkan 1/2". yang lain adalah sama.

PENERANGAN MEMBUAT LISU PEMADAN

3-20 :mercu ke mercu bahagi 2
21-22 : labuh mercu
22-23 : turunkan 1 1/2"
24-25 : naikkan 3" (turunkan 5" @ 5 1/2")
26-20-27 : 1cm @ 1/2"

p/s ---> untuk melakar pola bahagian lengan g ke link melakar pola lengan okay 

SELAMAT MAJU JAYA (")(*__^)

26 comments:

  1. t ya aieyn sbb share kat blog....moga aieyn dilimpahi rezeki kerana baik hati share ilmu2 ini....belajar dr mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bljar di giatmara..tapi x sempat trime sijil sebab berenti sambung belajar bidang engineering pulak..berkat ilmu yg ade ain olah2 sendiri untuk buat baju2..alhamdulillah custmer pun suke.. amin..tq ye :)

      Delete
  2. Salam..
    Thanks sudi share ilmu jahitan. Saya nak tanya..
    Saya slalu stuck bahagian leher. Saya blaja dulu cikgu bagi ukuran
    1-9 : leher/6
    1-10 :(leher/6) + (1 cm atau 2 cm)
    leher : 36 cm,
    so 1-9 : 6 cm, 1- 10 : 7 cm

    Tapi leher nya jadi kecik..
    camne ye?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      saya biasa guna ukuran sendiri..sebab lagi selesa
      bagi yg berbadan kecik 1-9=2.5"@3" 1-10 =3 1/2"
      yang sederhana 1-9=3.5" 1-10 + 3.5" @ 4" atau ikut suka..biasanya saya belah di bahagian tengah bhagian hdapan leher seperti baju kurung..
      kalau x belah pun xpe sebab dah ade zip belakang utk mudahkan kite pakai baju..bile leher terlalu kecik memang x selesa.. :)

      Delete
  3. kalo nak wat jubah yg zip depan, 1-10 kena turunkan 1/2inci x? blakang jf cam ukuran gambar depan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis..1-10 tetap turunkan 1/2inci..jangan lebih daripada tu..depan pastikan ada basi untuk jahit zip..kiranya pola zip belakang sis tukar kepada pola hadapan...leher tetap sama, xde perubahan

      Delete
  4. Terima kasih Aieyn. Dah 7 thn kak Ros tak menjahit.bila baca tutorial ni ..senang nak menjahit semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama akak..semoga terus bersemangat untuk teruskan aktiviti menjahit :)

      Delete
  5. slm dear.. i bru nk merangkak2 ni blaja tgk notes u ni.. pe maksud mercu ke mercu tu yer.. pastu.. 24-25 : naikkan 3" turunkan 5" tu camnye ye.. mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat sis...
      mercu ke mercu adalah jarak antara kedua b.dada wanita sis.. (huhu)
      untuk 24-25 : ukuran daripada garisan punggung (no.24) naikkan 3" ketas (utk dapat no.25)
      @ dari no 20 sis turunkan 5inci ke 5.5inci kebawah untuk mendapatkan 25

      Delete
  6. Jika Anda Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Jubah Moden, Baju Kurung Dan Baju Melayu Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Dengan Panduan Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK Dan PRAKTIKAL...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  7. Salam...kalau nak buat baju kurung moden utk budak 5 tahun boleh ikut formula ni tak?

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. bezanya hanya dart dan princess line shje sis..sama sahaja.. :)

      Delete
  9. salam sis,pangkal lengan dpn&blkg sama ya?

    ReplyDelete
  10. salam..
    aieyn bleh ajarkan pola lengan cuff n bishop..

    ReplyDelete
  11. Salam sis nak tanya kalau nak letak zip sorok tu kat tepi mcm mana ye? nak start ziop tu ukuran die bape dari bawah ketiak?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. pinggang n punggung x yah tambh ke? mcm mana nak ambik ukuran pada baju? boleh tolong tunjukkan x ?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum sis, sy x brape fhm (1-6) ukuran bahu (gariskan sudut 90 darjh ke 7). maksudnya ukuran (1-6) sama dgn (6-7) ke? sbb sy buat x brape nk jd bahagian ctu. mintak tunjuk ajar��

    ReplyDelete
  15. Sis..nk tny..pola sis ni mmg depan n belakang sama ya lekuk lengan tu..sbb ada y sy belajar depan n belakang kiraan lekuk lengan tu xsama

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...seronok sangat baca tutorial ni. mudah sangat nk faham. Minta Aieyn halalkan segala ilmu ye. semoga Aieyn sentiasa dirahmati Allah :)

    ReplyDelete
  17. Salam..bole mntk tolong tunjuk cara2 melakar pola jubah leher depan and belakang..sy stuck bhgian leher jubah tu..please reply secpat yg mngkin..tq..

    ReplyDelete