Monday, July 8, 2013

tutorial menjahit baju melayu kanak-kanak

assalamualaikum w.b.t

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG"

syukur alhamdulillah hari ni aku sempat snap gambo dan boleh lah shared sikit tutorial cara nak jahit baju melayu..yang aku jahit ni baju melau budak 1 tahun..hehe

untuk cara memotong dan mengukur baju melayu korang boleh refer pada entry cara mengambil baju kurung yang dah aku buat..cara nya sama sahaja..

dan aku berbesar hati shared with korang tutorial cara menjahitnye sekali..x beza dengan baju kurung..it's same okay 

step 1 : pasangkan kekek pada pesak..ikut cara menjahit seperti di gambar..jahit kedua-dua belah pesak bersama kekek..






step 2 : jahit lengan pada pesak dan kekek yang telah siap dicantumkan..setiap permulaan dan pengakhiran jahitan mestilah dimatikan terlebih dahulu..ianya penting agar jahitan x terurai..




BAHAGIAN LEHER
step 3 :jahit leher..setelah siap, snipkann disetiap bahagian yang melengkung agar kemas setelah leher siap.





CARA UNTUK MEMBUAT POKET BAJU MELAYU

step 4: lukiskan poket dengan ukuran yang dikehendaki pada kertas manilakad @ kertas keras..
penggunaan sabun adalah bertujuan agar apabila poket di iron,kedudukan poket melekat dan kemas dibahagian separa bulat..perhatikan pada gambar untuk lebih faham ye..


jahit bahagian atas poket terlebih dahulu dengan ukuran 3/4inci(kanak-kanak) dan 1inci untuk dewasa..








CARA MENJAHIT POKET PADA BAJU
step 5 : lihat pada gambar sebagai rujukan..rasenye korang sure boleh faham kan cara nak jahit bile korang fahamkan gambar yang ade..hihi







bile dah siap pasang poket ini bermakna tinggal cantum badan dan lengan je lak kan..hihi
step 6 : bermula pada garisan bahu..jahit hingga kebawah..diulang step yang sama sehingga siap pasang badan dan lengan..


bahagian dalam baju

bahagian luar baju 

MENJAHIT KEMASAN TEPI BAJU

perasan x kat tepi baju ade urat benang..nampak kemas kan baju maca tu..so follow cara ni kalau korang nak buat kemasan tersebut





MENJAHIT BAHAGIAN HUJUNG LENGAN DAN BAJU

sesetengah tailor x lipat pun part ni..terus jahit atas benang jahit tepi je..tapi aku agak cerewet jadi aku lipatkan 1/2inci kedalam dan 3/4 inci lebar jahitan bawah dan lengan baju..


DAN HASIL SETELAH SIAP 

opsssss!!! aku letak kerongsang untuk sementara waktu..hehe

SELAMAT MENCUBA
bye-bye (")(*__*)

21 comments:

  1. Tk,tutorial ringkas,ok sgt tapi nak tanya sikit,saya budak baru belajar,kalau nak jahit lurus,camana,saya kena jelujur dulu ke,:-/,senget pulak nnt,dan kain jenis apa yg sesuai,tk.;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu jahit jelujur sis sebab memakan masa..utk senang dapat garis lurus sis jahit guna 1 tapak mesin sahaja..contoh sis boleh tengok pada kedudukan kain dan kedudukan tapak mesin sewaktu saya menjahit.

      Delete
  2. kekek tu standet ke ukran dia?? n pesak pun mmg ikut pesak bju kurung?? atas kecik bwh besar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekek bagi dewasa 3" badan gempal 4". kanak-kanak 2" @ 2 1/2"
      pesak mmg ikut baju krung..beza baju mlyu ni cume ada tetulang n kolar j :)

      Delete
  3. kak..saya masih tak paham nak jahit baju melayu kanak......adui

    ReplyDelete
    Replies
    1. x faham part mane tu ye? boleh inbox sy d fb..nti sy terangkan :)

      Delete
  4. macam mana nak jahit seluar dia pulak ek? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis sye ade masukkan tutorial..
      http://aieyn-bicaradarihati.blogspot.com/2013/07/tutorial-menjahit-seluar-pinggang-getah.html?showComment=1397757447249#c5869637476782930619

      Delete
  5. salam kak,sy ni br nk bljr mnjhit..baju kurung dengan baju melayu cara ukuran pesak dia mcm mn kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy akan update blog utk ukurn pesak ye sis...sis boleh inbox sy d fb jika ada sebarang masalah...inshaAllah sy bantu

      Delete
  6. salam sis..tak buka tempahan jahit baju melayu baby ke...?susah nak cari yang buat baju melayu untuk baby nie...huhu..

    ReplyDelete
  7. Blh x ajar cara potong kain...sy da ikut step by step tpi bab potong kain xjd n trngkn cara potong bhgian leher.harap jasa baik cik dpt emailkn kt sy naqie90@gmail.com.... tpi kalu menyusahkn cik....xpela

    ReplyDelete
  8. salam. boleh tak terangkan sikit macam mana nak jahit kemasan tepi baju tu..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahitan kemasan tu digelar jahitan sipis dimana jarak antara sisi kain dan mata jarum hampir...kita kawal melalui longkang tapak mesin shja dear..dear blh tgok gambar jarak jahit pada tutorial diatas

      Delete
  9. tq sis.. ilmu yg sgt bguna, xsabar nk jhit bju melayu utk bb raya ni..↖(^▽^)↗

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum sis. Jazakallahu khayr kathira atas perkongsian ilmu yang awesome ini. Saya minta halalkan ilmu yang saya pelajari di blog sis ini.

    ReplyDelete
  11. Salam akak, kalau utk bdak 6 bulan,kekek tu saya buat 1 inci ok tak? Ke nak buat 1 1/2?

    ReplyDelete
  12. Tutorial untuk baju kurung lelaki cekak musang & seluarnya ada tak sis?

    ReplyDelete
  13. Salam.. pnjg n lebar kocek 2 brpew ea?

    ReplyDelete