Monday, July 8, 2013

tutorial menjahit seluar pinggang getah kanak-kanak

assalamualaikum w.b.t

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG"

kali ni entry about cara nak jahit seluar pinggang getah kanak-kanak..

cara mengambil ukuran dan polanye korang boleh refer pada blog ini..kalau aku buat pun ia adalah perkara yang sama.. cara mengukur dan membuat pola seluar pinggang getah kanak-kanak 


CARA MENJAHIT
part 1 : jahit bahagian yang dah ditanda dengan anak panah terlebih dahulu..cantumkan kedua-dua keping seluar ye..

aku just jahit je untuk menyatukan kedia-dua belah seluar..jahitan mesti 1/2inci..jangan lebih..kalau x, x cantik..
anak panah tu bermaksud bukan cantumkan kedua anak panah agar bersama dengan anak panah belah lagi satu..tu petunjuk agar korang jahit disitu..


bile dah siap jahit die akan jadi macam ni...ni part kelengkang ye..

pArt 2 : cantumkan dengan menjahit dari kaki seluar dan ke tengah kelengkang terus ke kaki seluar sebelah lagi satu


BAHAGIAN PINGGANG
PART 3 : jahit lurus bahagian pinggang, pastikan korang tinggalkan sikit lubang untuk masukkan getah..
aku jahit dengan ukuran 1 inci sebab getah yang aku guna ukuran lebar 3/4inci je..




bahagian dalam setelah getah siap dijahit

MENJAHIT KAKI SELUAR

part 4 : dengan ukuran 3/4inci aku jahit terus..masukkan 1/2inci kedalam sebelum menjahit kaki seluar..perhatikan pada gambar untuk lebih faham.

dan hasil setelah siap baju dan seluar 


okay!!disini jugak aku nak sharedkan jugak video tutorial menjahit seluar baju melayu kanak-kanak..kot kalo yang x faham entry ni boleh faham melalui video ni kan..inshaAllah 

OK!!!SELAMAT MENCUBA
bye-bye (")(0____0)


5 comments:

  1. terima kasih. sy sllu tgk tutorial ni. tapi seluar tetap tak jadi. hahhahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kene cube lagi..yg penting kena fahamkan step by step

      Delete