Tuesday, December 17, 2013

melakar pola kain kipas belakang


assalamualaikum sahabat blogger..
hari ni ak sharedkan pada u all cara nak buat pola kain kipas belakang.. :)


BAHAGIAN HADAPAN
1-2 : ukuran pinggang ke punggung (biasenye dewasa 8")
1-3 : ukuran labuh kain yang dikehendaki
1-4 : ukuran pinggang bahagi 4
4-5 : tambahkan 2" untuk pinggang cassing / getah @ 1" untuk pinggang lisu
2-6 : ukuran punggung bahagi 4
6-7 : tambah 1/4" @ 1/2" @ 3/4" (normal 1/2")
3-8 : sama ukuran 2 ke 7
8-9 : masukkan 1" @ 1 1/2"


BAHAGIAN BELAKANG
tips : untuk kipas lebar 12" biasa digunakan untuk dewasa dan 10" untuk kanak-kanak. Pastikan anda melipat kain anda menjadikan ukuran sebenar kipas dewasa 24" dan kanak-kanak 20".

selamat mencuba (*___*)(")

melakar pola kain overlap (lipat batik)

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum w.b.t..
hari ni tetibe je semangat nak shared dengan korang macam mana nak buat pola kain lipat batik.. yang pro mesti dh xde masalah nak buat kain ni kan..tapi aku nak jugak sharedkan ilmu untuk sama-sama menambahkan ilmu kite..yang x tahu boleh jadi tahu kan..inshaAllah..


POLA BAHAGIAN BELAKANG

1-2 : ukuran pinggang ke punggung (biasenye dewasa 8")
1-3 : ukuran labuh kain yang dikehendaki
1-4 : ukuran pinggang bahagi 4
4-5 : tambahkan 2" untuk pinggang cassing / getah @ 1" untuk pinggang lisu
2-6 : ukuran punggung bahagi 4
6-7 : tambah 1/4" @ 1/2" @ 3/4" (normal 1/2")
3-8 : sama ukuran 2 ke 7
8-9 : masukkan 1" @ 1 1/2"
11  : 1 ke 5 bahagi 2 @ punggung bahagi 2 (2 ke 7 bahagi 2)

tips : utk part 11 : utk kemas guna 1 ke 5 bahagi 2 (*____*)

POLA BAHAGIAN HADAPAN

agak-agak korang boleh imagine x macam mane nak buat ye..huhu..
inshaAllah mesti boleh kan..

selamat mencuba ye (^___^)(")

Sunday, December 15, 2013

Beg Oh handmade bag

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat blogger semua..salam sejahtera jugak ye..
hari ni tetibe rase nak shared dengan korang hasil jahitan aku yang x seberapa ni...
aku namakan ia Sff Handmade..

actually ade jugak promote di facebook tapi bukan aku lah sebab aku x pandai nak promote2 nih..aku suruh cousin aku yg promotekan..harapkan aku memang x lah kan..jahit boleh tapi bab promote tu aduhhh, x reti nak cakap ape..die just ambik oder n confirm stok dengan aku n aku akan pos pada cstmer... (^___^) boleh ke gitu? ehhh..mesti lah boleh kan sebab aku dh buat macam tu..hihi..

jom cuci-cuci mate dengan hasil handmade bag yang dah aku jahit nih..aku x pro mcam otai-otai yang lain stka cukup-cukop makan boleh la kan..huhu











Diaper bag : isi barang kelangkapan baby..hihi





oppsss sebelum terlupa,kalau korang nk buat tempahan korang boleh pm je ye
aku kadang-kadang bz...tapi ingin di maklumkan barangan handmade harganya x sama seperti barang yang dijahit di kilang..kualiti kain, dan bahan yang digunakan agak tinggi harganya..

ok guys..penat rasenye hari ni...uhukuhuk...jumpa lagi nti ye..
bye-bye (*_*)(")

Thursday, November 28, 2013

Engagement Day

bismillahirrahmanirrahim.. 
assalamualaikum sahabat bloger semua..

dah lame x menulis hari ni aku nak shared gambar-gambar pertunangan yang dijalankan secara adat baru-baru ni 24 november 2013..
sebenarnya ikutkan hati x mahu lah membazir untuk buat majlis ini, tapi disebabkan aku anak bongsu pada 6 orang adik beradik mak buat jugak majlis ni..jiran-jiran pulak mencadangkan agar majlis diadakan..tapi alhamdulillah majlis cukup sederhana..cuma jiran sebelah menyebelah dan keluarga pihak lelaki sahaja..


















sekian,wassalam..semoga ikatan ini dirahmati Yang Esa..inshaAllah..amin

Thursday, November 7, 2013

resepi bingka tepung beras

assalamualaikum sahabat semua

hari ni aku nak shared resepi bingka tepung beras..
uhuk uhuk..baru je buat tadi..rasenye alhamdulillah sangat memuaskan..


bahan-bahan

  • 750g santan (aku guna santan pekat)
  • 1/2sk garam
  • 1/2sk esen vanilla
  • 125g tepung beras
  • 125g gula
  • 25g tepung jagung
cara-cara
  • masukkan semua bahan (saya ayak dulu tepung). kacau sebati
  • panaskan atas api sehingga likat (kacau selalu agar x berketul)
  • sapu loyang dengan minyak. masukkan adunan yang likat tadi kedalam loyang dan bakar selama 1jam @ sehingga perang bahagian atas.
  • untuk pastikan bahagian bawah bingka masak, seteleh bahagian atas keperangan, guna api bahagian bawah selama 30minit..
  • biarkan sejuk dan makan..hihi

Sunday, November 3, 2013

melakar pola kain baju kurung

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum sahabat semua. hari ni tetibe rase nak menaip tentang pola kain baju kurung.
actually, senang je caranye kalau kita faham macam mana nak buat.

sebelum tu korang kena faham okay ade sesetengah tailor suka ambik bahagian kain terus sahaja 1 kain dan ada yang potong bahagian hadapan dan belakang. cara paling senang sudah tentu la ambik kain secara terus kan (satu lembar kain)..tapi kalau nk kemas better korang ambik bahagian hadapan dan belakang kain secara berasingan..

BAHAGIAN BELAKANG

cara 1
0 = garisan pinggang 
1 = garisan labuh kain
2 = garisan punggung

0 ke 1 = labuh kain tolak tinggi pinggang (untuk pinggang yang dipotong asing dengan kain)
0 ke 2 = ukuran pinggang ke punggung tolak 2.5cm
0 ke 3 = 1/4 keliling pinggang + 2.5cm (lisu)
0 ke 4 = 1/4 keliling pinggang + 5cm (getah)
2 ke 5 = 1/4 keliling pinggung + 2.5cm untuk kelonggaran
1 ke 6 = sama 2 ke 5

cara membuat lisu 

0 ke 3 = 1/4 pinggang + 2.5cm
0 ke 7 = 1/8 pinggang
7 ke 10 = 1/8 punggung
7 ke 8 = 1 cm
7 ke 9 = 1cm

cara 2

cara ke 2 ini adalah dimana piggang dijahit terus dengan kain, jadi x perlu potong kain untuk menjahit pinggang yang berasingan. tapi diingatkan mesti lebihkan ukuran kain 1 1/2"di bahagian pinggang untuk jahit getah
ukuran 1/2 ukuran punggung + 5cm untuk kelonggaran (getah) 

BAHAGIAN HADAPAN

fabrik hendaklah dilipat 2 pada bahagian hadapan kain (bukan kipas) @ anda boleh
potong pola bahagian belakang dan tekapkan pada pola bahagian hadapan untuk panduan cuma tambah bilangan kipas sahaja.

Thursday, October 31, 2013

resepi donut lembut gebuss

assalamualaikum dan salam sejahtera u ollsss..

lama bebeno x update blog ni.. disebabkan line yang macam siput (slow) jadi banyak pertanyaan lambat dibalas.. maaf ye kengkawan sumer..


okay hari ni aku nak kongsi dengan korang resepi donut comfirm lembut dan gebus..hihi..padahal baru semalam 30 0ct 13 aku cube buat..alhamdulillah menjadi..

walaupun rupanye x sempurna mana sebab first time buat kan tapi aku excited sgt nak shared jugk ngan korang resepi ni..hihihih

bahan-bahan

mauripan/yeast - 2 sk *
1 sk gula *
1/4 cawan air suam *

3 cawan tepung gandum (ditapis)
2sb marjerin
1 biji telur
1/2 cawan air
1 sk garam
4 sb gula

cara-cara memasak

> (campur ketiga-tiga bahan *  diatas dan biarkan sehinggan yeast aktif (berbuih) -dalam 10 @ 15min
> masukkan tepung,gula,garam (gaul sebati dan lubangkan tengah-tengah)
> masukkan telur, mrjerin dan air, dan mauripan/yeast yang telah direndam bersama-sama. uli tepung hingga x melekat pada tangan dan bekas.
> perapkan selama 20-30minit. tutup bekas menggunakan tuala lembap.
> setelah selesai, adunan akan naik..tumbukkan adunan agar angin keluar.
jadi boleh la bentukkan donut korang. sebelum goreng pastikan korang biarkan donit korang tu slama 10mint agar ia kembang. ang then goreng..
bila dah masak korang boleh sira @ tabur dengan gula yang dah dikisar halus dan ditapis terlebih dahulu.

(*_*)(")
selamat mencuba..hihihihi

Saturday, September 21, 2013

tutorial bunga part 3

assalamualaikum w.b.t

halamk dah berkurun janji nak post cara nak buat bunge ni..
hari ni aku akan tunjukkan tutorial cmne nak buat bunge nih okay..
atuallly bunga-bunga ni aku letak pada langsir..hihi.dahh alang-alang buat trus buat tutorial ni..'









ikuti step yang sama sehingga 5 kelopak bunga ea..hihi..


SELAMAT MENCUBA ..bye-bye (")(*__*)



Friday, September 20, 2013

cara membuat pola blouse ala peplum

assalamualaikum w.b.t

okay pasti ramai yg berminat nk cube jait baju ni kan..? meh sini nak ajor are buat pola baju ni..actually aku x tau la ape name baju nih..hehe..bedal je yang atas tu


part a

part atas korang boleh refer pada pola baju kurung moden tapi sampai pinggang sahaja okay..
ni link kurung moden..susah pulak nanti nak cari satu2 kan...hehe ukuran diambil dari no 1-3 sahaja iaitu bahu ke pinggang pola kurung moden

part b

part b merupakan part bawah ye..ala yang kembang tu..hehe..aku yakin mesti korang boleh buat punye

\


1-2 : labuh yang dikehendaki contoh 18"
1-3 : part 1dan 3 ni belah belakang tau (zip) jadi belah depan xde belah..boleh imagine x? ukuran korang boleh buat brape sahaje yang korang nak (kembang yang dikehendaki)

macam mane nak dapatkan lipatan tu..okay contoh okay

garis putus2 tu contoh polanye..ukuran korang boleh gune contoh 3/4" , 1.5", 3/4", 1/5", 3/4", 1/5" dan seterusnya..
cara lipat ikut anak panah tu ye..hihi

part lengan adalah same dengan lengan baju kurung moden okay..ukuran sama

okay selamat mencube ye..hihi