Friday, April 25, 2014

barut bayi by aieyn

assalamualaikum w.b.t

lamanya x menaip dan berkongsi ilmu untuk korang
maaf la ye..aku agak sibuk sekarang ni..
on9 facebook pun kejap-kejap je

okay pada yang berminat dengan handmade boleh lah ke page aku di facebook
page handmade by aieyn

antara yang ada dalam tu handbag/wallet/barut dll..

hari ni nak shared gambar baru je ye..hihi




tempahan untuk korang bagi hadiah pada sesiapa pun boleh tau..
1box with 3pcs of baby binder. price? just pm to my page ya.. (@___@)




fabric : japanese cotton + plain cotton
price : rm7/pc
set : rm40/6pc (save rm2)
price not include postage

size
s = 18" x 5"
m = 20" x 5.5"
L = 22" x 6.5"

Saturday, March 15, 2014

handmade by AIEYN (sff)

assalamualaikum w.b.t

hari ni sja nak shared dgn korang beg handmade yg aku bt for cus req. uhukuhuk...
:) alhamdulillah berkat ilmu yang ada dalam bidang jahitan, aku cuba jgk utk jahit beg.
yes..sgt2 memerlukan kesabaran dan ketelitian yg penuh sewaktu menjahit..

jom cuci-cuci mate..

lunch tote bag



lunch tote bag + makeup bag


 

pandangan bahagian dalam makeup bag

Diaper bag








dalam diaper bag ni ade beberapa compartment mcm makeup bag. senang utk isi barang2 baby likes pampers, baju2, wangian dll..
aku letak snap button bahagian tepi bag spya bag boleh dikecilkan..boleh lihat cntoh gambarajah diatas..



ok, sesi cuci mate dah tamat.. (^_^)(")


Sunday, March 9, 2014

tutorial menjahit baju kurung moden


MELAKAR LAPIK LEHER BAJU KURUNG MODEN







  1.  gambarajah menunjukkan cara2 lapik leher dilakar diatas kain lapik gam dan ditampal pada kain sewaktu kerja-kerja menekap dilakukan (iron) sebelum proses menjahit tepi dilakukan.
  2. lebar lapik leher yang dicadangkan adalah 2" ye.
MENCANTUM DAN MENJAHIT LEHER SERTA MENJAHIT ZIP



  1. jahit leher bahagian hadapan terlebih dahulu. 
  2. snap pada bahagian melengkung.


  1. jahit zip pada bahagian belakang baju sebelum menjahit leher bahagian belakang. korang boleh click video dibawah utk lihat tutorial menjahit zip sembunyi.








  • selepas anda memasang zip belakang, cantum pelapik leher bahagian belakang. 
  • snap pada bahagian melengkung
  • korang boleh jahit sipis pada sebelah luar lapik leher seperti gambarajah di atas.


pandangan sebelah dalam baju bahagian belakang

pandangan sebelah luar baju bahagian belakang



  • sebelum korang cantum bahu kedua2 bahagian baju, korang jahit lisu pemadan dulu ye dan pastikan korang iron selepas lisu dijahit.


  • cantum bahu dan satukan lapik leher hadapan dan belakang. korang perasan x kedua2 cantuman leher bertemu pada jahitan sipis yang aku buat tadi. aku suggest korang buat lah jahit sipis ni utk kemasan baju korang..baju kemas korang pun puas hati.

  • selepas cantum bahu, cantum bahagian sisi badan baju hadapan dan belakang ye. basi yang biasa aku jahit 3/4" @ 1/2". kalau korang risau baju tu kecik ke korang buat la basi 1" ye supaya kalau baju tu kecik korang boleh ejas.


  • cantum kedua belah sisi lengan dan jahit

  • pastikan anda iron lengan yang telah dijahit





  • teknik mencantum lengan pada lubang lengan adalah, masukkan lengan kedalam lubang lengan seperti didalam gambarajah.
  • pastikan lengan yang dimasukkan kedalam badan baju adalah dari sebelah luar (luar bertemu luar)
  • cantum lengan dan lubang lengan dan jahit untuk satukan lengan dan badan baju. 
  • pastikan ukuran basi jahitan tidak melebihi 1/2"
  • part ini ramai yang selalu gagal dimana setelah siap mencantum lengan, kedudukan gris sisi lengan dan sisi badan baju x sama. 
  • pastikan anda jelujur @ meletakkan peniti sebelum mencantum lengan 






taraaa... dah siap baju ni..part bawah tu aku tambah dengan kedutan. nmpk kembang gitu lau pakai tmbh2 si tubuh kecik macam aku ni..lagi senang kalau pakai tapak kedut..x payan buat kedut secara manual lagi...hikhikhik..

selamat mencuba (^_^)(")