Wednesday, February 5, 2014

tutorial menjahit baju kurung

bismillahirrahmanirrahim

baru hari ni aku berkesempatan untuk update blog..balik-balik rumah tempahan menimbun pulak..
alhamdulillah rezeki.

okay!!jom kite belajar cara-cara nak jahit baju kurung.


part-part baju yang telah siap dijahit tepi : opsss part jahit tepi tu aku upah orang sebab di rumah xde mesin jahit tepi.hihi..

1 ) badan baju
2) lengan
3) pesak
4)kekek
5) lapik leher
6) kocek

CARA MENJAHIT



1) Cantum kekek dan pesak bersama-sama. Tinggalkan 1/2" di bahagian bawah kekek sewaktu proses menyambung pesak dan kekek.

2) cantum pesak kedua pada satu lagi bahagian. Pastikan anda matikan mata jahitan pada kedudukan 1/2" di bahagian bawah kekek. sama seperti diatas.



3) Jika anda ingin memasang kocek, untuk kanak-kanak dari kekek jahit terus ke bawah 1 1/2" dan matikan mata jahitan. manakala jika dewasa jahit 2 1/2" kebawah. untuk bahagian lubang kocek, anda boleh jahit dengan mata jahitan kasar.garisan putus-putus pada gambarajah merujuk kepada kawasan lubang kocek.tujuan mata jahitan kasar adalah untuk memudahkan anda melaksanakan kerja-kerja menetas untuk lubang kocek apabila baju siap dijahit.






4) untuk bahagian kocek, jahit disekeliling kawasan lubang kocek untuk kemasan. Sesetengah tailor x jahit pun kat bahagian ni.

gambarajah cantuman pesak dan lengan

5) jahit pada bahagian sebelah dalam, satukan lengan bersama pesak. matikan mata jahitan 1/2" sebelum kedudukan hujung kekek. lihat seperti di gambarajah.

6)satukan lengan dan pesak pada satu bahagian lagi. cara jahitan adalah sama seperti no.5. matikan mata jahitan pada 1/2" kedudukan hujung kekek.

7) cantum lengan dari bawah ke bahagian hujung jahitan cantuman pesak dan lengan. @ anda juga boleh jahit dari titik berhenti jahitan di no.6 terus ke bahagian bawah lengan.

8) tebuk lubang leher pada kedudukan G.T.B (garisan tengah bahu). pastikan kedudukan leher pada bahagian belakang dari G.T.B adalah 1/2" sahaja. lihat gambarajah.


9) Cantum lapik leher pada kedudukan lubang leher yang telah ditebuk. jahit di sekeliling kawasan lapik leher. pastikan pada kedudukan belahan leher, iaitu pada hujungnya dijahit seperti huruf v. lihat pada gambarajah.


10) Cantum bahagian sisi badan baju bersama pesak yang telah di siap dicantum. tentukan kedudukan kocek yang ingin anda jahit samada pada sisi sebelah kanan @ sisi sebelah kiri.
11) Akhir sekali, buat kemasan pada bahagian kelepek bawah lengan, kelepek bawah baju dan lapik leher dengan jahitan silang pangkah @ jahitan mesin.

--> pada gambarajah aku guna jahitan mesin je sebab baju ni baju kanak-kanak. :)

selamat mencuba (^_^)(")

2 comments:

  1. yeayyy.. agak clear cara mcm mana nak start menjahit.. kain dah beli, tapi belum potong lagi.. takut nk potong, kang salah potong, rosakkkk.. btw, terima kasih utk tutorial ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..semoga ilmu ini bermanfaat ye.. :)
      jgn takut..sebelum potong selawat dulu ye..

      Delete