Wednesday, January 29, 2014

Tutorial menjahit tetulang baju melayu part 1

assalamulaikum w.b.t

hari ni aku nak sharedkan cara-cara untuk anda menjahit tetulang baju melayu..
untuk kolar tunggu next entry ye... :)

  • gambar di atas ni ialah gambar tetulang bawah dan tetulang atas yang dah siap di iron..lakar atas kertas lapik gam berkaku ye.. alamak orang lain panggil ape ye? aku x sure.. nampak panjang kan? ni tetulang baju jubah..yang ni je sempat aku snap-snap gambarnye..


pertama korang perlu gunting di bahagian tengah leher hadapan untuk menjahit tetulang. jangan korang belah panjang-panjang nampau sgt tau..cukup sekadar ikut ukuran panjang tetulang bawah korang je..

untuk tetulang bawah kite akan jahit pada belahan leher bahagian kiri seperti di gambarajah. untuk baju perempuan pula tetulang bawah akan dijahit pada bahagian kanan. ianya bertentangan dengan tetulang baju lelaki ye.. kadang-kadang ikut je kan nak jahit macam mane..ikut kehendak cust0mer..hihi


ukuran tetulang ni 1" sebab custmer suruh aku ikut cntoh yang diberi..
masukkan 1/2" kedalam belahan leher hadapn (setengah dari ukuran tetulang bawah)


cantumkan tetulang dengan belahan leher dengan jahitan sipis..


jahit sehingga ke penghujung tetulang bawah.

okay sekarang kite akan cantum tetulang atas pulak.


jahit dengan jahitan sipis di sekeliling tetulang. tapi diingatkan pada bahagian 1 1/2" di bahagian bawah pastikan korang cantumkania dengan tetulang bahagian bawah.



taraaa...dah siap.. nanti aku update cara lain pulak ye...custmer tempah 2 pasang jubah pak arab tp aku sempt snap yg ni je..lagi 1 aku jahit cara lain sikit..nt aku sharedkan dengan korang ye..

semoga ilmu ini bermanfaat buat korang..semoga Allah merahmati korag dengan ilmu-ilmu yang sedang kita kongsikan..

selamat mencuba (^_^)(")

1 comment:

  1. salam.. terima kasih ats perkongsian bermanfaat nie.. tp bole x tunjukkn jahitan di bahagian belakang untuk jahitan tetulang yg sebelah kanan dan kiri. sy x dpt view lagi mcmane nk buat.. tlg share yea.. TQ so much!!

    ReplyDelete