Thursday, January 2, 2014

membuat pola baju kurung riau/kurung pahang


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

assalamualaikum w.b.t sahabat semua..

pagi nan indah 2 january nih aku nak shared with u'olllssss cara-cara nak buat pola baju kurung riau/kurung pahang..actually, ada yang panggil kurung riau dan ada jugak yang panggil kurung pahang...jom fahami teknik-teknik macam mana nak buat pola baju ni ye... 

maap yer sahabat sumer gambor x berape jelas..hihi..maklumlah gune paint je untuk lukis semua ni..autocadd dah lupe ler nak gune macam mane..haishh.. (*_*)
pola badan baju 
1-2 : ukuran panjang baju yang dikehendaki
1-3 : ukuran bahu

lengan 

3-4     : ukuran panjang lengan + 1/2" basi di bahagian kepala lengan + 1" basi di bahagian pangkal
           lengan (biasanya dijahit dengan jahitan silang pangkah)
3- 3a  : lebar lengan yang dikehendakai
3a-3a' : masukkan 1/2" kedalam dan sambungkan garisan dari 3 ke 3a' untuk mendapatkan
           kedudukan sebenar lengan.



pesak atas

3a-3a"   : 3"-5" (bergantung pada size badan, jika badan kecil 3" sudah memadai)
3a-5      : 6"
5-5a      : garisan lurus melintang ( 1 1/2" @ 2" @ 2 1/2")
5a - 5a' : naikkan 1/2".Satukan antara titik 3a-3a",3a-5,5-5a,guna pembaris body untuk part 5a-3a".

pesak bawah 

5-6 : panjang pesak bawah
5-5a : garisan lurus
5a - 5a" : turunka 1/2" dan gariskan 5-5a"
6-7 : lebar kembang baju yang dikehendaki. (8" @ mengikut suka)
7- 7a : x perlu buat garis ni ye sayang2..saya silap lakar

(bentukkan pesak bawah dengan satukan kesemua titik penting bagi membentuk pesak 5-5a, 5-6, 6-7, 5a"-7)

cara nak gunting korang lihat gambarajah disebelah lakaran sebenar baju kurung riau tu ye..titik yang ade adalah hanya titik yang penting sahaja...aku harap korang faham..dan untuk pesak bawah 5a"-7a adalah tanda lipatan dimana di bahagian tersebut x perlu dipotong tengah seperti pesak baju kurung biasa..inshaAllahh dengan izin Allah yang esa mesti u'olllsss faham..aminn...

semoga berjaya (^__^)(")

18 comments:

  1. salam. terima kasih krn sudi kongsi ilmu jahitan...

    ReplyDelete
  2. Sama-sama :) semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  3. terima kasih...nk tnya ada tak pola utk baju..saya pggl kurung betawi..tak tahulah org lain..google tp takde lah..pesak baju tu cuma sekeping dr ketiak sampi ke bwh..lebih kurg mcm kurung riau..cuma kurung riau ada pesak atas dan pesak bwh..yg ni tak sekeping je..kiranya utk dpn dan blkg akan ada 2 keping lah..utk sepasang baju 4 keping pesak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pola untuk baju tu sama je sis macam baju ni. cuma lakar terus pesak atas dan bawah jangan di gunting :)

      Delete
  4. nak tanya pesak atas ada 4 dan pesak bwh ada 2 je ikut pola atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ea sis.. :) pesak atas ada 4 dimana 2 disebelah kanan & 2 sebelah kiri.. utk pesak bawah satu kanan dan satu kiri

      Delete
  5. Salam saudari aieyn. Terima kasih sangat sebab sudi kongsi ilmu menjahit kurung pahang ni. Antara semua blog yang saya masuk blog saudarilah yang paling senang nak faham penerangannya dan mudah di ikut. Straight to d point dan tak berbelit

    ReplyDelete
  6. Salam cik aieyn.
    saya cuma tertanya2, ape tujuan pesak tu dinaikkan/diturunkan 1/2"?
    Kalau saya potong tegak je boleh x? hihihi...
    tenkiu atas ilmu awak! :)

    Cara-cara nak cantum, sama je mcm kurung biasa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga kalau nk buat tegak je..kalau kita naik dan turunkan akan nmpk bentuk tajam disitu..
      ya cara cantum sama ja mcam baju kurung, bezanya pada pesak sahaja.. :)

      Delete
  7. Terima kasih dengan ilmu ni..lama nak belajar tpi tak da masa sngat nak pg kelas segala..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ilmu ye...

    ReplyDelete
  9. salam sy nk tanya tentang pesak atas 3a-3a" dan pesak bawah 5a - 5a" ukuran lebar tu dh termasok basi kelim ker?? ataw kene tambah lg 1"

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis perlu tambah ukuran..
      nanti sya akan masukkan sifir utk ukuran pesak atas dan bawah supaya lebih sesuai dgn ukuran bahu

      Delete
  10. Jika Anda Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Baju Kurung, Jubah Moden Dan Baju Melayu Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Dengan Panduan Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK Dan PRAKTIKAL...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  11. salam.. sy dh salah potong dua pesak bwh tu... mcm mana ye... boleh tak sambung blk masa jahit...huhuhhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..utk gmbajarah sy dh x dpt edit sebb tu terpkse mention d bwah..
      .sy pendekkan pesak yg belah potong sy jadikan tegak semula sebab mase mule2 dulu terpotong mcam ni jugak

      Delete
  12. Time ksh..sudi kongsi ilmu n xyah byr

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas ilmu yang diberikan, semoga dilindungi dan dirahmati oleh allah

    ReplyDelete