Assalamualaikum dan salam sejahtera
syukur pada Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk aku sharedkan pada korang tutorial ni..
hihi..selalu tutorial jahit baju je kan..hari ni nak shared tutorial jahit beg pulak..
semoga ilmu yang aku kongsikan ini bermanfaat untuk korang..
korang boleh print pattern ni n gunting ikut pattern ni je untuk dapatkan size bag seperti yang aku buat ni (*_*) (print size a4)
potong kain mengikut pattern yang telah diberikan. kain haruslah dilipat sewaktu kerja memotong dilakukan
kain lapik dalam
kain luar + batting gam
batting di iron pada kain sebelah luar
jahit 1 tapak di keliling kain. pastikan anda jahit pada sebelah dalam iaitu diatas batting. lakukan perkara yang sama pada kain alas bahagian dalam (warne hijau tu)
pada penjuru beg, ukur 3" dan tanda. jahitkan pada kedudukan yang telah ditanda. tujuannya adalah untuk tapak beg
gunting basi berbentuk bucu selepas kerja menjahit selesai dilakukan
terbalikkan ke bahagian hadapan beg. jahit pelekat penutup bahagian bawah pada kain sebelah luar beg ni ye.. (dalam gambar aku lupe nak snap)
pada bahagian alas dalam beg. tinggalkan sedikit ruang lebih kurang 6 inci (xperlu jahit) dibahagian tengah kawasan tapak beg (yang bertanda merah) . tujuannya untuk keluarkan bahagian luar beg setelah selesai mencantum bahagian luar dan alas dalam beg
MENJAHIT PENUTUP BAG
jahit penutup beg, potong kain gam berukuran 2inci lebar dan 4inci panjang.
iron kertas keras diatas kain, jahit pada bahagian bawah kertas keras dan terbalikkan pada bahagian hadapan kain. sewaktu menjahit masukkan basi sisi kain kedalam lubang yang masih belum dijahit. setelah kemas jahit di sekeliling penutup. (ikut kalau korang ade care lain pun xpe janji jadi). jahit pelekat penutup sebelah atas pada bahagian bawah penutup bag (yang warne putih tu)
cantum penutup kain pada bahagian luar beg
MENCANTUM BADAN BEG
okay sekarang korang masukkan beg bahagian luar ke bahagian alas dalam beg.cantum bahagian luar bertemu bahagian luar (part yang x nampak benang)
setelah selesai, jahit pada kesemua bahagian yang berbentuk melengkung iaitu pada kawasan tangkai beg (sila lihat gambarajah)
snap kesemua bahagian yang melengkung supaya bentuk lengkung yang terhasil kelak x kelihatan ganjil.. hehe
setelah selesai, keluarkan bahagianluar bag pada bahagian kain alas dalam yang korang x jahit tadi tu.
tekan dan pastikan kedudukan sekitar tangkai beg kemas sebelum jahit.
jahit 1 tapak di seluruh kawasan melengkung ye, (cer tengok gambarajah atas ni)
MENJAHIT TANGKAI BEG
* kalau nak guna yang ade dijual dikedai pun boleh
potong kain berukuran 10inci panjang dan 3inci lebar serta batting berukuran 10inci panjang dan 1inci lebar dan iron batting diatas kain
lipat kain bahagian tengah dan jahit. jahit menggunakan jahitan sipis. setelah selesai jahit pula bahagian kiri dan kanan tangkai beg tersebut
cantum tangkai pada bag
MEMBUAT KEMASAN SEKITAR TANGKAI BEG
sediakan kain 4inci panjang dan 3inci lebar. jahit 1 tapak (guna mata jahitan kasar) supaya bulu2 pada kain x kelihatan
jahit seperti di gambarajah
akhir sekali, jahit bahagian kain lapik dlam yang berlubang tersebut.
taraaaa..dah siap. korng boleh hiaskan bahagian penutup bag dengan bunga @ ribbon.
good luck semua (^_^)(")
Salam...aieyn, terima kasih atas tutorial...
ReplyDeletesama-sama..selamat mencuba ye :)
Deletesalam, kain yang digunakan jenis apa ya? cotton tebal atau biasa? terima kasih.
ReplyDelete