Tuesday, February 11, 2014

tutorial menjahit poket jubah



bismillahirrahmanirrahim..

syukur pada yang esa kerana masih diberi kesempatan untuk shared with u'olsss tutorial ni..
firstly, mmang aku sgt2 berbesar hati dan berterima kasih pada owner page Laman Jahitan kerana memberi kebenaran untuk aku guna pakai gambar tutorial ni untuk di kongsikan dengan korang..

gambarajah poket sisi jubah berzip

gambarajah kedudukan lubang poket. waktu jahit dekat kawasan lubang poket tu kalau x nak isi zip boleh jahit dengan mata jahitan kasar ye senang tetas nanti tapi kalau nk isi zip sila tinggalkan kawasan tu tanpa sebarang jahitan..
gmbar ni adalah sebagai petunjuk..aku gune kain perca je..hihi

panjang poket biasanya 12" aku but lah..kalau nk labuh lagi pun boleh.. potong 2 keping ye..kalau 1 keping alamatnye x jadi poket ler..kalau korang nak poket di kedua-dua sisi, potong 4 keping ye..dua keping sebelah kanan dan 2 keping sebelah kiri.. bagi aku 1 poket dah memadai.



okay dah siap jahit, sila iron okay macam dlam gambo di atas ni


lihat betul-betul cara jahit poket tu. jahit diatas sebelah basi jahitan ye..lagi sebelah untuk 1 keping lagi. jahit lurus hingga bawah poket. jangan sampi korang gi jahit smpi kene kawasan lubang poket yang dah korang biarkan tanpa jahitan tadi tu ye..


bila dah siap jahit, ironkan ye seperti di dalam gambarajah 

bile dh siap iron, jahit 1 tapak @ 1/2" dari atas hingga bawah kocek.

letakkan zip, pastikan jarak zip yang korang jahit seimbang.kalau tidak kuatir zip yang di jahit x kemas dan menggelembung.

jahit hingga ke bahawah bahagian zip.

jahit sekeping lagi kain poket pada sebelah lagi basi. jahit bersama-sama zip ye. kirenye korang tindih jahitan atas kain zip sekali.

aku sarankan supaya korang tanda kedudukan yang akan korang jahit supaya x berlaku sebarang perkara yang x diingini misalnye terkena mulut kocek lah dan macam-macam lagi. kan penat kene tetas nanti

bila dah siap jahit part sisi tu. korang pastikan sisi setiap poket tu sama sebb tu aku sarankan korang tanda kedudukan yang akan korang jahit tadi tu.


sila perhatikan kedudukan poket dan zip apabila siap dijahit
sebelah kanan adalah depan dan kiri adalah bahagian belakang. sebelum cantum sila tindih pda bahagian luar kocek bahagian depan. lihat gambarajh diatas cara jahitan bahagian luar dilakukan. 
cantum kedua-dua poket tadi. jahit di kawasan keliling poket. kalau boleh jahit 2 kali lagi bagus. xde la tercicir barang korang kalau satu daripada 2 jahitan tu terbuka.

selepas selesai sesi mencantum, bahagian poket sebelah dalam pada belah hadapan akan kelihatan seperti di gambarajah kerana apa? kan korang dah jahit bahagian luar baju tadi.

taraaa dah siap..

selamat mencuba (^_^)(")



No comments:

Post a Comment