" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani "
Assalamualaikum W.B.T
Hari ni aku rasa terpanggil untuk
mencatatkan hujah-hujah yang kian lama terpendam,
hujah-hujah yang
selama ini diperhatikan melalui mata dan ditafsirkan melalui akal fikiran..
Apa pendapat korang
mengenai dunia kini ? x kisah dari segi kehidupan sosial, kehidupan harian,
politik dan sebagainya..
semakin hari dunia
semakin tua dan terlalu banyak perubahan yang kita sendiri x sedari..
" Semakin hari
semakin manusia x merasa takut @ gentar menebarkan cerita yang x benar "
kita x lagi buta
untuk menilai mana baik dan mana tidak..
Takutnya aku jika aku
termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.. nauzubillah..
Wahai Manusia....
Mengapa masa yang
telah allah berikan kepada kita, kita x gunakan dengan begitu sempurna..kita
sering lalai dan alpa terhadap nikmat Allah yang ini..
Ketika mereka yang
tidak berkemampuan berhampas pulas bekerja mencari rezeki, kita masih enak dan
lena dibuai mimpi yang kita sangkakan indah..
Ketika manusia
bangkit beribadat pada yang esa, kita begitu malas untuk bangun dan hanya solat
beberapa ketika..aku sering perhati gelagat manusia tika berhadapan yang
esa..ada ketikanya aku sendiri alpa...terkadang aku solat dalam terpaksa kerana
tanggungjawapku pada Sang Pencipta..( mengapa hati kita terlalu degil dan
keras) syaitan yang menghasut kian gembira bersorak suka ria kerana kealpaan
kita..
Wahai Manusia....
Cakap
ngan PAKWE MAKWE yang TAK HALAL tu bukan main LEMBUT lagi.. perrgghh HALUSS
macam iklan NESCAFE pulak.. tapi bila cakap dengan ALLAH DALAM SOLAT bukan main
laju.. macam kerete ambulans nino... nino... nino... !
Perihal ini aku
tersangat confius..okay cuba bayangkan dalam pemerhatian aku bagaimana
seseorang individu mampu membaca "Subhaana
rabbiyal a'la" dalam masa
hanya satu saat..
x dapat aku bayangkan betapa singkatnya bacaannya..adakah cukup 3x bacaan dalam 1 saat.. solat 4 rakaat selama 3 minit.. x dapat aku bayangkan mengapa mereka terlalu mengejar masa bila mereka sedang berhadapan Yang Esa.
Pernahkan Allah berkira masanya bila bersama kita hambanya..bukahkan Allah sentiasa menunggu bila saat hambanya mula mengadap dan memohon pertolongan daripadanya.
Pernahkan Allah membelakangi kita saat kita alpa dan leka terhadap tanggungjawap kita pada Yang Esa.
Pernahkan kita merasa malu saat kita sering melakukan dosa dan tanpe segan silu kita tahu bahawa Allah dan para malaikat sedang memerhati kita..
x dapat aku bayangkan betapa singkatnya bacaannya..adakah cukup 3x bacaan dalam 1 saat.. solat 4 rakaat selama 3 minit.. x dapat aku bayangkan mengapa mereka terlalu mengejar masa bila mereka sedang berhadapan Yang Esa.
Pernahkan Allah berkira masanya bila bersama kita hambanya..bukahkan Allah sentiasa menunggu bila saat hambanya mula mengadap dan memohon pertolongan daripadanya.
Pernahkan Allah membelakangi kita saat kita alpa dan leka terhadap tanggungjawap kita pada Yang Esa.
Pernahkan kita merasa malu saat kita sering melakukan dosa dan tanpe segan silu kita tahu bahawa Allah dan para malaikat sedang memerhati kita..
Mengapa apabila bersama pasangan kita boleh bersuara lunak manja, berbicara berjam lamanya tetapi denga Yang Maha Pencipta kita sukar? Mengapa?
Berkirakah kita masa bersama Yang Esa sedangkan Allah x pernah berkira masanya untuk bersam hambanya..
Cuba bayangkan jika Allah berkira waktunya pada manusia? amatlah rugi kita..
Wahai Manusia
Aku faham akan perasaan manusia yang sering menjadi bahan tomahan serta cacian para manusia..tetapi ingatlah Allah x pernah sama sekali membelakangi kita..
Aku faham akan perasaan manusia yang sering rasa terpinggir dek kerana kekurangan yang ada pada dirinya..
Bersabarlah wahai manusia kerana engkau adalah terpilih untuk melalui ujian Allah ini..CUMA janganlah engkau menyalahi ujian disebabkan Allah ini, namun bersyukurlah kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi.. PERCAYALAH..
Wahai Manusia
Pernahkah engkau merasa dirimu menjadi bahan tawa mereka (manusia)..? pernahkan engkau merasa dirimu menjadi bahan umpatan mereka yang x kenal erti syukur..? (aku tahu rasa itu sakit kerana aku jua merasainya)
Bersabarlah kerana setiap apa yang mereka katakan itu adalah kerana mereka x sedar akan kekurangan diri mereka malah mereka cemburu terhadap kelebihan diri anda..
sememangnya apa yang mereka katakan akan mengguris hatimu namun percayalah ada pahala yang dikau perolehi hasil daripada umpatan mereka..
Wahai Manusia
Pernahkah engkau merasa dirimu menjadi bahan fitnah manusia..aku pernah merasa itu
aku dikatakan pernah berzina bersama kekasih yang telah 6 tahun aku berkawan sedangkan yang mengatakan itu tiada bukti yang kukuh..kerana dia aku menjadi bahan umpatan manusia.. denga kuasa yang esa nasibku mulai terbela..aku rasa sakit teramat apabila manusia mengadakan cerita yang tidak pernah ada.. sungguh hatiku hancur..namun percayalah Allah sentiasa membantu hambanya yang teraniaya..
Tidakkah kamu terfikir betapa jahatnya manusia yang menabur fitnah itu?
mengapa beliau melakukan itu? apakah mereka merasa puas di atas kesengsaraan insan lain?
masyaAllah..Subhanallah..Alhamdulillah
p/s ---->Bersama ini aku memohon maaf andai kataku membuatkan dikau merasa terguris..aku berkongsi cerita kerana aku jua manusia yang sering alpa dan leka..semoga Allah merahmati kita bersama hidayahnya..in shaa Allah
No comments:
Post a Comment