assaamualaikum w.b.t
manusia sering alpa terhadap sesuatu..mari kita berkongsi sedikit ilmu yg aku rasa amat-amat penting utk diketahui oleh setiap yg bernama muslim..
1. ORANG YANG SOLAT SENDIRIAN TANPA MEMBACA AL FATIHAH :
Kerana Al Fatihah adalah rukun solat, dalam mazhab lain, ada yg berpendapat, jika solat berjemaah, maka imam akan tanggung, maka makmum xperlu baca al fatihah, tapi dalam mazhab syafiee, kita perlu baca al fatihah, sama ada sendirian atau berjemaah...
2. ORANG YANG TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT :
Solat membezakan antara islam dan musyrik, manakala zakat pula membezakan antara beriman dengan munafik, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, sia solat jika mengeluarkan zakat apabila telah cukup nisabnya...
3. ORANG YANG MENJADI IMAM(PEMIMPIN) PADA SUATU KAUM SEDANGKAN KAUM ITU MEMBENCINYA:
Oleh yg demikian, berhati2 memilih pemimpin dan hati2 jika ingin menjadi pemimpin...jika orang bawahan xsuka pada kita, maka solat kita xditerima...tapi jgn pula org xsuke pemimpin itu kerana pemimpin itu adalah pemimpin yg adil..
4. HAMBA YANG MELARIKAN DIRI DARI TUANNYA :
Jika hamba melarikan diri dari tuannya, maka amalannya xkan diterima selagi ia tidak kembali pada tuannya...
5. PEMINUM KHAMAR(ARAK) ATAU PEMABUK :
Setitik arak jika masuk dalam badan, maka 40 hari xditerima ibadat, bayangkan jika seteguk, segelas dan sebotol...arak merupakan induk kepada kejahatan, seperti cerita yg berlaku kepada ahli ibadat dari bani israel yg mati dalam kafir, hanya kerana mula meminum arak, ia berzina, dan membunuh org..arak itu bisa melalaikan kerana ia mengkhayalkan.
6. WANITA YANG TIDUR MALAM MEMBUAT SUAMINYA MARAH :
Ada hadis menyebut, jika dibenarkan manusia sujud kepada manusia, maka akan disuruh isteri sujud pada suami, begitulah tingginya kedudukan suami, jadi jika isteri buat suami marah, tidak hairanlah ALLAH menolak amalan isteri tersebut...
7. WANITA MERDEKA TANPA MEMAKAI TELEKUNG YANG SEMPURNA (aurat) :
Wanita merdeka ni adalah wanita yg bukan hamba kepada sesiapa, maka jika terkeluar rambutnya walaupun seurat rambut, maka batal solatnya...ALLAH tidak bernafsu, tapi nak mengadap ALLAH, diperintahkan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan,
8. ORANG YANG MEMAKAN RIBA :
Pemakan riba akan berenang dalam lautan darah di padang mashsyar, diisythtiharkan perang oleh ALLAH, dan ada hadis menyebut, akan dibangkitkan dipadang mahsyhar dalam bentuk anjing dan babi...riba ni ada lebih 70 jenis, dosa riba yg paling kecil adalah seperti berzina dengan ibubapa sendiri...
9. PEMIMPIN YANG MENYELEWENG DAN DERHAKA PADA ALLAH :
Tidak diterima solat pemimpin yg derhaka kepada ALLAH...tidak mahu mengikut perintah ALLAH...balasannya diletakkan didasar neraka Jahannam, digoyangkan diatas titian sirat, dan kekal di neraka Jahannam selama 50 ribu tahun...bukan tahun dunia, tapi tahun akhirat...
10. ORANG YANG SOLATNYA TIDAK MENCEGAH IA DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN :
Tanda solat tidak diterima adalah, kita xdpt mengelakkan diri dari melakukan kemungkaran, ini kerana, solat sepatutnya mendekatkan diri dengan ALLAH, bukan menyebabkan kita jauh dari ALLAH,
allahuakbar
No comments:
Post a Comment