Saturday, February 8, 2014

tutorial menjahit kain susun tepi.

bismillahirrahmanirrahim

syukur kerana masih dikurniakan tenaga untuk sama-sama kita manfaatkan ilmu yang ada..
meh nak terangkan cara-cara nak jahit kain susun tepi..

okay sebelum tu kain ni aku potong hadapn dan belakang berasingan sebab kain ni bercorak menegak.. :)

  • yang disebelah kiri adalah kain bahagian belakang dan sebelah kanan adalah kain bahagian hadapan dimana kain bahagian hadapan kita akan susun menjadi kipas..jangan pening-pening follow jerk step-step dibawah ye..inshaAllah korang boleh hasilkannya sendiri.. ^_^
MENCANTUM SISI KAIN

  • cantum bahagian sisi kain hingga kebahagian bawah kain. pastikan korang kenalpasti belah mana susunan kipas yang korang nak letak okay sebab pada part susunan kipas kita akan tinggal lebih kurang 10" pada bahagian atas kain untuk zip.
MENANDA KEDUDUKAN GETAH KAIN DAN ZIP


  • actually tempat yang aku tanda tu hanya 2" sahaja okay..aku dah tersalah tanda. karang kalau aku buat tanda lagi 1 korang lagi confuse. tanda tu adalah kawasan getah kain yang akan kite jahit part last sekali nanti. dibawah tanda tu adalah kedudukan zip
  • tanda kan lagi satu part dibawah besi zip tersebut dimana kita akan mula cantum kain pada tanda bawah zip tersebut.

  • cantum sisi kain bermula dari titik besi zip tadi hinggan ke bahagian bawah kain

  • dah siap cantum tu sila lah iron di bahagian dalam ye.. korang akan dapat kedudukan zip mcam ni..
  • sebab ape aku suruh korang iron? supaya senang korang nak jahit zip nt..kemas gitu..
MENJAHIT ZIP



  • perhatikan cara cantum zip diatas..sebelah zip dijahit sipis je. sebelah bilah tapak tu atas zip dan satu lagi atas kain. tengok gambor pertama ye. 
  • jahit sampai bawah besi bawah zip tu supaya x patah jarum korang nanti.
  • part yang terakhir ni pastikan kain tu menutupi zip korang ye.cer perhatikan betul-betul.

MENJAHIT PELIPATAN BAWAH KAIN
1 kali lipatan

2 kali lipatan

  • gambarajah di atas adalah gambar dimana cara-cara nak jahit pelipatan bahagian bawah kain.
  • sebelem korang jahit kipas kain, korang kene jahit pelipatan bawah kain terlebih dahulu.
  • ada sesetangah tailor jahit sekali lipatan je tapi aku jahit 2 kali lipatan supaya lebih kemas. bile dah siap jahit tu, korang tindih lagi sekali. sila lihat gambar ketiga okay.

 MENANDA DAN MENJAHIT KIPAS KAIN
  • tanda kedudukan kipas..pastikan bahagian korang tande tu bahagian zip ye..
  • macam mane nak dapatkan ukuran kipas?okay pada bahagian yang aku tulis "ukur panjang part ini ...." korang perlu ukur. misalnye korang dapat 12". perhatikan betul-betul ada tanda lipatan disitu kan. jadi 12x2 = 24"kalau korang nak 4 kipas korang bahagikan 24 bahagi 4 = 6". total kipas yang akan korang perolehi adalah 5 kipas kalau nak 3 kipas 24 bahagi 3 = 8". total kipas yang akan korang perolehi adalah 4 kipas.
  • kenapa boleh bertambah satu kipas pulak? sebab satu lagi kipas akan terhasil bila korang dah satukan semua kipas iaitu pada sisi bahagian zip.

MENJAHIT KIPAS

  • jahit sipis pada setiap kedudukan kipas yang ditanda. ada sesetengah tailor x jahit pun part ni..tapi u'olsss mesti kene jahit tau baru custmer puas hati n yang penting senang time korang iron bile2 mase nak pakai nanti..xde la time iron terkial-kial nak iron.

  • satukan kesemua kipas yang dah korang jahit sipis kepada satu bahagian iaitu pada sisi kain yang mempunyai zip.

  • pinkan di sisi kipas yang dah disatukan



  • jahit seperti di gambarajah untuk mencantum semua kipas.

MENJAHIT GETAH PINGGANG





kain ni dipotong kecil je sebab ia dijahit pada bahagian getah untuk kedudukan palang dan cangkuk.
opssss palang sahaje ye. cangkuk kite jahit pade satu lagi part

jahit pada kedudukan betul-betul bawah getah ye. jangan korang gi jahit kene getah tu. mase jahit korang dapat rase kedudukan getah tu ye. 


agak-agak sampai part lipatan kipas tadi korang jahit menegak macam di gambarajah.
tujuannye adalah untuk pastikan getah tu x tertanggal waktu korang tarik getah untuk kedutan nanti. kalau korang x matikan mata jahitan seperti yang aku buat tu penat ler korang, tarik2 getah tup2 tertanggal..dan nak kene sumbat getah tu semula kat dalam lubang tu.

kalau boleh dah sampai part susun kipas terus korang jahit macam ni okay. lepas tu baru sambung untuk adegan tarik menarik bagi peroleh kedutan getah.hihi

actually part ni aku lupe jahit dan jenuh aku kene sumbat2 getah dalam lubang tu..nasib ekau la ainn..hihi

jahit lagi dan lagi. okay tengok dah sampai hujung kan, mule dari ni la kite akan mulekan kerja tarik menarik untuk dapatkan kedutan getah 

dah tarik tu teruskan lagi jahit okay sampai korang jahit ke bahagian hujung sekali

untuk jahitan kemasan part tengah , guna mata jahitan kasar supaya kain tu mudah memeri waktu korang pakai nanti.
mulakan jahitan bahagian tengah hingga ke penghujungnya. tujuan kite jahit part ni supaya getah kat dalam tu x berpusing2 nanti. bile kite dah jahit confirm getah tu x leh gerak dah.hihi


bahagian luar


bahagian dalam


taraaaa!!! dah siap pun kain kite ni...

semoga ilmu ini bermanfaat untuk korang semua...

selamat mencuba (*_*)(")

5 comments:

  1. Salam..mcm mana nk dptkan ukuran utk potong jd dua keping sis?tq sis..sgt bermanfaat...semoga Allah murahkan rezeki adik...

    ReplyDelete
  2. terima kasih ats tunjuk ajar.semoga Allah mbalas jasa baik saudari.tqvm

    ReplyDelete
  3. time ksh..dpt ilmu bru hari ni..selama ni sy jahit zip bile dh siap buat susun..baru tau jahit zip dulu lg senang kan..tq2x

    ReplyDelete
  4. Terimakasih untuk sharing ilmunya.. Jika anda yang ingin belajar menjahit dirumah dengan pola yang sudah jadi download saja contohnya di Fitinline..

    ReplyDelete