Thursday, February 6, 2014

tutorial memotong jubah riau lelaki

Bismillahirrahmanirahim 

Assalamualaikum w.b.t, semoga rakan2 semua dirahmati yang esa.

Alhamdulillah hari ni aku nak sharedkan cara-cara nak potong kain untuk baju jubah riau lelaki ye..

ukuran yang aku gunakan adalah

leher = 16"
bahu = 16"
labuh baju = 51"
lengan = 22"
pesak atas dan bawah = sila rujuk gambarajah di bawah ye


  1. pertama sekali potong bahagian badan baju terlebih dahulu. pada bahagian bawah, aku masukkan 1" kedalam . Gambarjah ni adalah 1/2 daripada panjang baju..kalau aku ambik penuh nt gmbor jadi kecil..jadi ni bahagian bawah..bahagian atasnye sila lihat gambarajah dibawah ye.

2. Ini adalah sambungan kepada gambarajah diatas..dimana ia merupakan bahagian leher hadapan.

3. gambarajah di sebelah kanan adalah bahagian hadapan dan sebelah kiri adalah bahagian belakang.
  • Cara nak lakar bahagian belakang adalah garisan merah putus-putus tu adalah G.T.B (garisan tengah bahu) 
  • Untuk bahagian belakang dari G.T.B bahgian hadapan turunkan 1 1/2" kebawah. itu adalah kedudukan asal bahagian belakang. 
  • Okay kenapa kite potong macam tu? sebab bahagian belakang kita akan cantum bersama papan bahu. Jangan lupe basi ye semua..



4. melakar pola papan bahu. untuk yang ade nota aku mesti x jadi masalah untuk lakar pola ni kan. aku cuma tunjuk cara nak lakar atas kain. aku x buat pola tpi terus lakar atas kain. 


5. Gambarajah menunjukkan cara lakar lengan baju jubah riau..ukuran yang saya tunjukkn termasuk basi jahitan.
6. mesti korang pelik kenapa dekat lengan aku potong 5 1/4" dan kat pesak atas aku potong 5 3/4". okay sebenarnya 1/2" lagi untuk pesak atas adalah basi dimana kita akan cantum dua pesak atas. lepas cantum secara automatik ukuran akan jadi 5 1/4" kan. jadi ngam dengan ukuran lengan yang kite potong. (maag aku lupa nak snap gambo pesak waktu potong tadi. bahagian lengkung tu aku guna pembaris body/lengkung.


7. pesak bawah. bahagian atas pesakbawah akan di cantum dengan bahagian bawah pesak atas. 5 1/2" bahagian pesak akan akan mnjadi 5" kerana 1/2" adalah basi jahitan untuk cantum kedua-dua pesak atas.

okay kenapa pesak bawah jadi 41". pertama sekali panjang baju hadapan tolah dengan tinggi lengan (x termasuk basi jahitan)  dan tinggi pesak atas (x termasuk basi jahitan)
= 53" - 8" - 5" = 40".
40" + 1" (kerana bila cantum badan depan dan belakang akan ada lebihan 1" pada kedudukan papan bahu.so total panjang pesak bawah adalah = 41"



---> okay inilah serba sikit ilmu yang aku nk sharedkan dengan korang masa potong kain. pastikann ukuran yang korang ambil tu perlu diukur betol2 ye..
selamat mencuba, semoga allah merahmati kita semua. (^_^)(")

8 comments:

  1. sis..awak ade ckp psl nota utk jahit jubah kn.kt mane nk dapatkan nota tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nota sahaja sis...jika nak boleh inbox sya di link fb sya..sy akan bg sis lihat sample dahulu

      Delete
    2. Link fb awak ape ye?sy berminat sgt nk dptkan

      Delete
  2. Assalamualaikum aeiyn...terima kasih kerna berkongsi ilmu jahitan dlm blog ni..akak nk request nota jubah ni blh? nk try jahit utk anak2..

    ReplyDelete
  3. Salam..mcm mana boleh sy dapatkan nota jubah lelaki ni ye?dlm dia ada cara lukis pola x?email sy byha8t8@gmail.com...tq

    ReplyDelete
  4. Slm..sy pn berminat untuk buat jubah lelaki ni..utk anak saya..sy nk request nota jubah ni dgn baju melayu kanak2..sy dh bkk page sis tu..tp xde klua gambo la..sy xbrpe nk phm...blh sis email pada saya..fiqah.norafiqah@gmail.com..time kasih sis

    ReplyDelete
  5. Slm..sy pn berminat untuk buat jubah lelaki ni..utk anak saya..sy nk request nota jubah ni dgn baju melayu kanak2..sy dh bkk page sis tu..tp xde klua gambo la..sy xbrpe nk phm...blh sis email pada saya..fiqah.norafiqah@gmail.com..time kasih sis

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saya berminat nak jahit ni.. Tp gamba rajah x ada pon kak.. Boleh x sy mntk email kan kepada saya di tyrah_faizal@yahoo.com. ..terima kaseh kaka atas ilmu diberi

    ReplyDelete