Saturday, February 22, 2014

tips menjahit kekek pada pesak dan lengan

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah hari ni aku berkesempatan nak sharedkan dengan korang tips ni supaya korang berpuas hati dengan hasil jahitan korang..mungkin bagi sesetengah pihak apa lah sangat tips yang aku nak bagi ni tapi inshaAllah korang perlu praktikkan sewaktu korang menjahit baju kurung.

KENAPA?

korang pernah x perasan ada sesetengah tailor jahit baju kurung tetapi pada part kekek tu berlubang sedikit..? mesti ada kan..

no!!no!!no!! kite x nak macam tu ye..sekarang ni kite perhatikan betul-betul tutorial yang nak aku sahredkan dengan korang semua..

part yang aku bulatkan tu la yang selalu berlubang ye.. kalau kite belek sesetengah baju tu betul-betul part tu la yang berlubang walaupun kesemua jahitan pada baju tu kelihatan sempurna..

sewaktu kita jahit berhenti 1/2" di part yang aku tanda tu..dan pada part yang tengah aku jahit tu akan berhenti pada part yang sama juga..jahitan akan bertemu pada part yang aku tanda. pastikan korang matikan mata jahitan ye pada setiap permulaannya.

okay part yang aku bulatkan tu part yang mula2 sekali kita cantum iaitu pesak dan kekek. lakukan step yang sama seperti diatas. berhati-hati ketika menjahit ya

sekarang kite akan continue jahit lengan. lengan,kekek dan pesak kite dah cantum kan, sekarang kite akan cantum part lengan yang masih x berjahit

mulakan jahitan pada titik yang aku tanda tu. matikan mata jahitan pada permulaan aktiviti mencantum dan teruskan jahitan hingga ke bahagian hujung lengan.


bile dah siap kan. iniah hasilnye.. xkan ade lagi masalah lubang-lubang kecil pada kekek,pesak dan lengan anda


semoga ilmu yang aku kongsikan ini bermanfaat untuk korang ye.. :)

selamat mencuba (^_^)(")

1 comment:

  1. Selalu fail jahit bahagian nie.terima kasih...sgt2 membantu....:)

    ReplyDelete