Sunday, March 9, 2014

tutorial menjahit baju kurung moden


MELAKAR LAPIK LEHER BAJU KURUNG MODEN







  1.  gambarajah menunjukkan cara2 lapik leher dilakar diatas kain lapik gam dan ditampal pada kain sewaktu kerja-kerja menekap dilakukan (iron) sebelum proses menjahit tepi dilakukan.
  2. lebar lapik leher yang dicadangkan adalah 2" ye.
MENCANTUM DAN MENJAHIT LEHER SERTA MENJAHIT ZIP



  1. jahit leher bahagian hadapan terlebih dahulu. 
  2. snap pada bahagian melengkung.


  1. jahit zip pada bahagian belakang baju sebelum menjahit leher bahagian belakang. korang boleh click video dibawah utk lihat tutorial menjahit zip sembunyi.








  • selepas anda memasang zip belakang, cantum pelapik leher bahagian belakang. 
  • snap pada bahagian melengkung
  • korang boleh jahit sipis pada sebelah luar lapik leher seperti gambarajah di atas.


pandangan sebelah dalam baju bahagian belakang

pandangan sebelah luar baju bahagian belakang



  • sebelum korang cantum bahu kedua2 bahagian baju, korang jahit lisu pemadan dulu ye dan pastikan korang iron selepas lisu dijahit.


  • cantum bahu dan satukan lapik leher hadapan dan belakang. korang perasan x kedua2 cantuman leher bertemu pada jahitan sipis yang aku buat tadi. aku suggest korang buat lah jahit sipis ni utk kemasan baju korang..baju kemas korang pun puas hati.

  • selepas cantum bahu, cantum bahagian sisi badan baju hadapan dan belakang ye. basi yang biasa aku jahit 3/4" @ 1/2". kalau korang risau baju tu kecik ke korang buat la basi 1" ye supaya kalau baju tu kecik korang boleh ejas.


  • cantum kedua belah sisi lengan dan jahit

  • pastikan anda iron lengan yang telah dijahit





  • teknik mencantum lengan pada lubang lengan adalah, masukkan lengan kedalam lubang lengan seperti didalam gambarajah.
  • pastikan lengan yang dimasukkan kedalam badan baju adalah dari sebelah luar (luar bertemu luar)
  • cantum lengan dan lubang lengan dan jahit untuk satukan lengan dan badan baju. 
  • pastikan ukuran basi jahitan tidak melebihi 1/2"
  • part ini ramai yang selalu gagal dimana setelah siap mencantum lengan, kedudukan gris sisi lengan dan sisi badan baju x sama. 
  • pastikan anda jelujur @ meletakkan peniti sebelum mencantum lengan 






taraaa... dah siap baju ni..part bawah tu aku tambah dengan kedutan. nmpk kembang gitu lau pakai tmbh2 si tubuh kecik macam aku ni..lagi senang kalau pakai tapak kedut..x payan buat kedut secara manual lagi...hikhikhik..

selamat mencuba (^_^)(")

23 comments:

  1. Salam aieyn..akak baru nak belajar menjahit. Sangat membantu awak punya blog. Aieyn tak de buat kelas jahitan ke..kalau ada n dekat teringin nak join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak..belum ada rezeki utk bukak clas jahit..saya buat tutorial d blog utk sama2 berkongsi ilmu.. :)

      Delete
  2. Beli kain kaler emerald green ni kt mne

    ReplyDelete
  3. Hi...cara potong lengan dan lubang lengan boleh share x...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat, ada dalam nota baju kurung moden sis :)

      Delete
  4. slm dear.. sangat membantu n byk info dlm blog u.. terima kasih sbb share.. ssh nk dpt org share ilmu sedetail ni.. sbb skrang kan smua berbayar.. Moga murah rezeki u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..tq sis...semoga sama2 peroleh manfaat

      Delete
  5. Klu blh bka la Klas blh kami yg brmnat bajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade rezeki sy buka class menjahit... sekarang agak bz sedikit :)

      Delete
  6. Thx Aieyn.. Siap dah satu baju kurung moden sy (first time menjahit baju!). Tutorial dr blog awak yg paling senang nak follow and detail. Harap2 awk boleh share lagi ilmu2 in the future ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllh jika dipanjangkan usia sy akan kongsikan lebih byk tutorial jahitan :)

      Delete
  7. aieyn..bagus sangat blog awak..sangat2 membantu..terimakasih sgt..=)

    ReplyDelete
  8. Nice..thanks for sharing..teknik dan cara mudah utk difahami.. :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana berkongsi ilmu..semoga awak dimurahkan rezeki selalu..

    ReplyDelete
  10. As salam. Akk selalu fail dlm bab mencantum lengan ni. Lengan akn terlebih (kau bhgian ketiak) kat mana silap akk ye? Terimakasih kiranya dpt membantu.

    ReplyDelete
  11. Saya juga sedang belajar menjahit, senang bisa ketemu blog ini :)

    ReplyDelete
  12. Salam nk tnye lapik leher tu boleh x kte xguna kertas gam, kte just buat mcm leher bj kurung tu?klo boleh kne jahit sisir jgk ke?tq sy br belajar...

    ReplyDelete
  13. SIS ADA X JUAL BUKU TEKNIK MENJAHIT BAJU2 KURUNG?SAYA BERMINAT NAK MEMBELI LA SIS....NAK NO PHONE BOLEH X?SAYA BARU NAK BELAJAR MENJAHIT SIS...

    ReplyDelete
  14. Salam.. Npe gambar toturial awak xda. Keluar tanda seru je. Fon sy bermasalah atau page aieyn,?

    ReplyDelete