Sunday, March 9, 2014

tutorial menjahit kain kipas belakang pinggang cassing

assalamualaikum w.b.t

hari ni aku nak shared dengan u'olsss sedikit tutorial cara2 nak jahit kain kipas belakang + pinggang cassing.

ape yang kite perlukan untuk jahit pinggang cassing ? pinggang cassing ni adalah x sepenuhnya kita jahit pinggang menggunakan getah. ianya adalah percampuran antara getah + kain keras (vecrom)



LANGKAH MENJAHIT

bahagian hadapan + bahagian belakang
gambarajah yg aku lakar ni adalah serba sikit penerangan ye.. perhatikan terdapat tanda lipatan pada bahagian kipas kain ye..


pastikan kedudukan zip 8-9". dibahagian bawah kedudukan zip, jahit lurus hingga ke bahagian yg berada di gambarajah diatas.



jahit zip. tinggalkan 1/4" shja basi diatas untuk sambung ben pinggang. (kain pinggang dipotong berasingan bersama badan kain)



jahit lisu jika anda membuat lisu..kalau nk buat pinggang cassing korang kene buat lisu ye untuk menentukan kedudukan vacrom dan getah dengan tepat.

tanda kedudukan kipas seperti di lakaran

jahit sipis bagi setiap kedudukan kipas


temukan kesemua kipas pada bahagian tengah2 kedudukan kipas. part yg tanda lipatan pada lakaran diatas.

jahit untuk satukan kesemua kipas. pastikan anda mematikan mata jahitan diawal dan akhir jahitan



anda juga boleh buat kemasan pada bahagian jahitan cantuman kesemua kipas.

kipas yang telah siap dijahit.
setelah selesai menjahit kipas. cantum bahagian hadapan dan belakang (kipas) kain. cantuman dilakukan pada bahagian sisi kain.

selepas kain dicantum, jahit kelepek bawah kain samada 1 kali lipatan @ 2 kali lipatan (aku mmg buat 2 kali lipatan)

MENJAHIT PINGGANG CASSING

untuk cassing kain kipas adalah berbeza dengan cassing kain duyung @ kain kembang payung @ kain lipat batik @ kain susun tepi kerana zip pada bahagian belakang. iaitu getah = 2 keping dan kain keras @ vecrom = 3keping.

contoh pinggang 27 kan.. 27-1 = 26 (perlu ditolak kerana getah boleh memeri, kalau x potong 1", longgar la part pinggang korang nanti)
  26 bahagi 2 = 13"
getah = 13 bahagi 2 = 6 1/2"
vecrom = 13 bahagi 2 = 6 1/2". satu lagi bahagian vecrom dibahagi kepada 2 iaitu 6 1/2" bahagi 2 = 3 1/4". dan salah satu vecrom korang boleh tmbh 1" untuk rumah hook. kiranya 1 part 3 1/4" dan satu lagi 4 1/4"... (aduhh!!! boleh imagine x?) sila lihat gambarajah dibawah.


mesti korang dh dpt imagine kan? aku harap begitulah..

cantum ben pinggang pada bersama kain pada bahagian pinggang.

masukkan getah yg telah siap dicantum bersama vacrom pada ben pinggang,


 

pada part getah pastikan korang jahit pada longkang antara ben pinggang dan kain. pemabahagi antara getah dan vecrom korang perlu jahit lurus pada ben pinggang..

pada part vecrom, pastikan korang jahit diatas vecrom ye..sebab getah kite akan tarik dan vecrom ni kedudukan kekal pada tempat asalnye sebab tu kita jahit atas vacrom tersebut.

keadaan bahagian bawah sewaktu kerja menjahit pinggang cassing.


boleh imagine x cmne nk jahit pinggang ni? nt jika ada kelapangan dan jika masih bernyawa aku buat tutorial jhit pinggang ni bersama penerangan sedikit..

selamat mencuba (^_^)(")

6 comments:

  1. Assalamualaikum Aieyn... knp ye bila sy jahit...part getah tak kain tak jadi kedut...tak leh tarik... kain pinggang sama panjang jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      untuk ambik panjang getah sis kena kurangkan 2-3inci dari ukuran asal pinggang..tujuannye untuk dapatkan kedutan getah..jgn ambik ngan dengan ukuran pinggang (^_^)

      Delete
  2. Aieyn tutorial yg sgt membantu. Tq share ilmu. Saham akhirat ni.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih untuk sharing informasinya.. Best Regards : Fitinline..

    ReplyDelete
  4. Nak tanya..kain depan dengan belakang tak sama besar ke kalau dah siap..tq

    ReplyDelete