Tuesday, March 4, 2014

teknik melakar pola kurung moden

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, syukur pda Yang Esa kerana masih lagi memberi aku kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan u'olsss..

hari ni aku nak sharedkan dengan korang teknik2 nak lakar pola kurung moden dengan menggunakan pembaris lengkung dan pembaris L..
pasti ade yang keliru macam mana nak guna part2 pembaris tersebut..disini aku jelaskan di mana pembaris itu dilkar dengan kedudukan sebenar pembaris.
opsss..guysss..lain orang lain cara ye tapi u all boleh cuba mana2 cara n inshaAllah menjadi..usha dan usha ye..

ukuran yang aku gunakan. aku bahagikan siap supaya mudah difahami ye.

LEHER = 15inch (15/6= 2 1/2" @ 2.5")
BAHU = 13 1/2" @ 13.5inch (13.5/2 = 6.75" @ 6 3/4")
DADA = 30inch (30/4 = 7 1/2" @ 7.5")
PINGGANG = 26inch (26/4 = 6 1/2" @ 6.5")
PUNGGUNG = 34inch (34/4 = 8 1/2" @ 8.5")
LABUH BAJU = 36inch


MELAKAR GARISAN ASAS BAJU KURUNG MODEN
pertama sekali buat garis macam ni ye..


1-2 : ukuran keliling dada bahagi 4 (30/4 = 7.5")



1-3 : ukuran labuh pinggang (14.5" untuk dewasa)

 
1-4 : ukuran labuh punggung (turunkan 8" dari garisan pinggang @ 22" dari garisan bahu untuk ukuran dewasa)

1-5 : ukuran labuh baju yang dikehendaki (36inch)


1-6 : ukuran lebar bahu bahagi 2. dah dapat garis bahu terus gris 90' kebawah ye iaitu pada garisan dada.
(bahu 13.5/2 = 6 3/4")

MELAKAR KEDUDUKAN LEHER

1-9 : ukuran leher bahagi 6 + 1/2" (15/6 = 2.5" + 0.5" @ 1/2" = 3")
1-10 :  turunkan 5 1/2" @ 6" (Korang boleh lakar leher jenis apa yang korang nak)
(
dalam gambarajah aku turunkan 3" sahaja sebab aku suke buat leher macam baju kurung ade belahan pada bahagian hadapan leher)

MELAKAR KEDUDUKAN BAHU 

6-11 : turunkan 1" kebawah untuk mendapatkan kedudukan garisan bahu

MELAKAR LENGKUNG LENGAN PADA BADAN BAJU
2-8 : ukuran keliling dada bahagi 4 + 3/4"

untuk mendapatkan titik 12. panjang 11 ke garisan dada bahagi dua untuk mendapatkan titik tengah iaitu no.12

12-13 : masukkan 1/2" kedalam

bentukkan lubang lengan menggunakan pembaris L @ french curve. kedudukan pembaris L adalah seperti di dalam gambarajah sewaktu kerja melakar dilakukan,

MENANDA KEDUDUKAN PINGGANG DAN PUNGGUNG

3-14 : ukuran keliling pinggang bahagi 4

14-15 : + 1 1/2" @ satu inci setengah


4-16 : ukuran keliling punggung bahagi 4

16-17 : + 1/2" @ 3/4" (aku biasa gune 1/2")

MELAKAR GARISAN BAJU KURUNG MODEN

okay sekarang kite akan satukan semua titik yang ada pada bahagian tertentu untuk membentuk pola baju kurung moden. sila perhatikan betul2 kedudukan pembaris sewaktu kerja-kerja melakar dilaksanakan.




okay untuk dapatkan kembang bawah baju sila lihat gambarajah dibawah. secara automatik u olssss akan dapat ukuran kembang baju u olss..sebab apa dari garisan punggung pembris akan jadi kembang kebawah. dan teruskan garis menggunakan pembaris lurus hingga hujung baju.



MELAKAR LENGKUNG KELEPEK BAWAH BAJU

basi kelepek bawah baju 1 1/2" atau 1". ikut suka korang lah nk buat berapa pun ye



daripada garisan bawah baju, naikkan 1/2" keatas dan gariskan. pastikan kedudukan pembaris lengkung sama seperti dalam gambarajah. sewaktu proses melakar


TEKNIK MEMPERBETULKAN GARISAN PINGGANG

okay ada sesetengah kes pinggang custmer adalah ramping dan punggung gak lebar (ala2 bentuk kerengga, comel gitu kan) jadi bila lakar pola alamak peliknye nampak pola tu.
okay jadi korang boleh follow step dibawah. kalau nak lakar untuk baju yg berbdan biasa pon okay..lagi tersangat cun jahitan korang..ade dart kan secara automatik akan membentuk pinggang jugak...



guna membaris lengkung dan gariskan seperti di gambarah pada bahagian yang pelik tdi tu..

MELAKAR LISU PEMADAN


3-20    : mercu ke mercu ÷ 2 (jarak antara kedua belah puting susu wanita)



21-22 : labuh mercu (labuh dari bahu ke puting susu)
22-23 : turunkan 1 ½ " kebawah


 24-25 : naikkan 3" keatas dari garisan punggung atau turunkan 5" @ 5 ½” dari
              garisan pinggang

26-20-27 : ukuran lebar untuk lisu adalah ½”
(satukam kesemua nombor yang sudah dibulatkan untuk membentuk lisu.


TARAAA!! dah siap dah pola u'olsss..semoga ianya bermanfaat untuk kalian..

untuk pola bahagian belakang, perbezaannya adalah kite akan potong kain tu pada bahagian tengah belakang tapi make sure korang tinggalkan basi kelepek agak2 1 pembaris lurus tu @ 1" @ 1 1/2". pembaris lurus tu lebar die 1 1/4". Itu pun dah memadai.
part leher jgk berbeza.

1-9 : 1/6 ukuran leher + 1/2"
1-10 : turunkan 1/2"

cube tengok contoh gambarajah ni...seerti ni yg aku maksudkan pinggang ramping punggung agak lebar..jadi korang boleh follow step yang aku tunjukkan diatas ye...

selamat mencuba (^_^)(")

18 comments:

  1. salam..nak tanya,kalo baju kurung moden kita tamo wat zip,pola depan belakang sama ataupun ikut pola yg ada zip jgk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x mo but zip pola belakang x perlu tambah basi untuk zip..lakar macam pola depan jugak cuma part leher je yang beza :)

      Delete
  2. Salam.. Terima kasih share ilmu menjahit sgt berguna,lagi2 org macam saya yg baru nak belajar. :) nak mintak sis share ilmu mcm mne nak potong kain baju kurung moden dari sample baju da siap tanpa ada banyak lebihan kain. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    buleh dak buatkan tutorial buat pola tangan mcm gmbarajah kat atas..
    tq dik..

    ReplyDelete
  4. tq dik, you've helped me a lot. may Allah bless u with good life owayz.

    ReplyDelete
  5. Adakah sama kaedah yg digunakan utk melakar pola yg d tunjukkan bagi org yang kurus dan org yang gemuk atau perut buncit...

    ReplyDelete
  6. Adakah sama kaedah yg digunakan utk melakar pola yg d tunjukkan bagi org yang kurus dan org yang gemuk atau perut buncit...

    ReplyDelete
  7. Salam.. sy nk tya.. knp sy mnjhit bju. Bju akn jd kecil padahal sy dh bt ukuran yg tpat.. sy harp dpt menolong sy.. tq.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Mintak tolong bagi tutorial bagi pola tangannya boleh. Saya dah siap pola badan tapi baru perasan xde pola tangan. Anda seorang yang pemurah sedekahkan ilmu. Semoga Allah memberkati anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tgk kat cni...
      http://aieyn-bicaradarihati.blogspot.com/2013/07/melakar-pola-lengan-baju.html

      Delete
  9. Tq,dik...moga Allah berkati hidup adik sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing.. Sangat membantu.. Best Regards : Fitinline..

    ReplyDelete
  11. Sis...keluk ketiak tu depan belakang sama ya

    ReplyDelete
  12. knape i xdpt view all d pic yang u attached kan nih...please

    ReplyDelete
  13. Terima kasih toturialnya.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Tiada yg lain.Dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete