Sunday, November 3, 2013

melakar pola kain baju kurung

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum sahabat semua. hari ni tetibe rase nak menaip tentang pola kain baju kurung.
actually, senang je caranye kalau kita faham macam mana nak buat.

sebelum tu korang kena faham okay ade sesetengah tailor suka ambik bahagian kain terus sahaja 1 kain dan ada yang potong bahagian hadapan dan belakang. cara paling senang sudah tentu la ambik kain secara terus kan (satu lembar kain)..tapi kalau nk kemas better korang ambik bahagian hadapan dan belakang kain secara berasingan..

BAHAGIAN BELAKANG

cara 1
0 = garisan pinggang 
1 = garisan labuh kain
2 = garisan punggung

0 ke 1 = labuh kain tolak tinggi pinggang (untuk pinggang yang dipotong asing dengan kain)
0 ke 2 = ukuran pinggang ke punggung tolak 2.5cm
0 ke 3 = 1/4 keliling pinggang + 2.5cm (lisu)
0 ke 4 = 1/4 keliling pinggang + 5cm (getah)
2 ke 5 = 1/4 keliling pinggung + 2.5cm untuk kelonggaran
1 ke 6 = sama 2 ke 5

cara membuat lisu 

0 ke 3 = 1/4 pinggang + 2.5cm
0 ke 7 = 1/8 pinggang
7 ke 10 = 1/8 punggung
7 ke 8 = 1 cm
7 ke 9 = 1cm

cara 2

cara ke 2 ini adalah dimana piggang dijahit terus dengan kain, jadi x perlu potong kain untuk menjahit pinggang yang berasingan. tapi diingatkan mesti lebihkan ukuran kain 1 1/2"di bahagian pinggang untuk jahit getah
ukuran 1/2 ukuran punggung + 5cm untuk kelonggaran (getah) 

BAHAGIAN HADAPAN

fabrik hendaklah dilipat 2 pada bahagian hadapan kain (bukan kipas) @ anda boleh
potong pola bahagian belakang dan tekapkan pada pola bahagian hadapan untuk panduan cuma tambah bilangan kipas sahaja.

No comments:

Post a Comment