Tuesday, June 18, 2013

tutorial kecilkan leher baju


Assalamualaikum w.b.t



hari ni aku nk shared sikit tutorial care nak kecikkan leher baju yang besar agar x kelihatan menggelebeh..OPSSS BAHASE APE AKU PAKAI NI.. (^___^).
aku ni berbadan kecik (bahu : 13.5") mesti punyai masalah pada baju fishtail peplum ni walaupun saiz s, fikir punye fikir and ini la cara aku kecilkan leher baju ni..
baju ni aku beli kat padieka.com..pehhh!!!..cantik sangat tau, aku suke cuma part leher tu terlalu besar..so aku ejas ler ikut rentak aku..

                                    
gambar 1 : gambar sebelum dan selepas leher ni di baik pulih..

gambar 2 : turunkan 1 inci daripada garis tengah bahu, dan garis lurus hingga ke hujung kepala lengan, sematkan jarum peniti untuk kekalkan kedudukan kain..

gambar 3 : mulekan jahitan seperti di dalam gambar..matikan mate jahitan di awal dan akhir aktiviti menjahit supaye jahitan kemas dan x terurai..


gambar 4 : nampak x permukaan kepala lengan yang sangat-sangat x cantik dan x kemas....pada sesiapa nak kan kemasan pada bagian diatas boleh ikuti tutorial di bawah ni okay..senang jer.. (*___*)




PART yang aku bulatkan tu la yang dimaksudkan kepala lengan.jadi nak cantikkan kedudukan hujung kepala lengan agar x kelihatan berlipat korang mesti ikut step pada gambar 5 dibawah ni okay..

gambar 5 : gambar ni bahagian dalam kepala lengan..agak-agak korang boleh imagine x mcm mane nak buat ni..okay korang gariskan bahagian atas kepala lengan seperti di gambarajah..tujuannye untuk memastikan permukaan bahu baju yang kite pakai kelihatan cantik dan kemas..

gambar 6 : aku potong bahagian yang bersegi 3 tadi tu..n jahit..untuk pastikan bahagian ni x berbulu, masukkan sikit kedalam dan jahit menggunakan jahitan lilit ubi..lagi mudah kalau jahit tepi..senang keje..compom kemas..tapi kat umah aku xde mesin jahit tepi..So, jahitan tangan je la..


gambar 7 : inilah hasilnye selepas kite baik pulih bahagian kepala lengan tadi..okay x? hehe

                                                
gambar 8 : ni hasil penuh baju selepas bahagian leher yang luas tadi dibaik pulih semula..

gambar 9 : perbezaan leher baju yang dah siap di baik pulih dan belum..

p/s --> pada yang xde mesin jahit,  gune jahitan tangan pun boleh iaitu  jahitan sembat okay..

SELAMAT MENCUBA YE..
BYE-BYE (")(^___^)

6 comments: