" Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ "
" dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani "
hari jumaat yang mulia masih bersua.dengan keadaan banjir di malaysia kerana hujan..,namun ini sema rahmat Allah..x perlu kita merungut x berpuas hati kerana misalnya nak g keje habis basah sbb naik moto, sebenarnya hujan ni sala 1 anugerah dari Allah s.w.t..
pagi2 macam ni aku dah rase sayu sebabnya.. ok jom kite bace dibawah
x perlu rasenye aku bertanya kepada insan lain cukup sekadar aku membayangkan bagaimana jika aku sendiri yang berada di situasi sana.. masyaAllah.. sungguh aku x sanggup nak melaluinya..
betul kata pepatah " seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak dengan sempurna tapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu kelak "
kalau sekarang kite mesti cakap aku x akan buat ibu aku macam tu..tapi pada hakikatnya masih ramai yang sanggup mengguris hati ibu, mencampakkan ibu di luar kerana bebanan yang mereka rasai..
kalau dulu kite x makan, ibu sanggup berlapar utk bg kite makan
kalau dulu kite sakit, abu berjaga siang malam utk memastikan kite selamat di jagaannya
aku juga sebagai anan cukup terguris saat melihat ibu sakit, seolah biarlah sakit ibu dipindahkan kepadaku
seringkali air mataku menitis memohon agar ibu sihat sejahtera dek kerana dia jauh dimata
aku tahu aku degil, tetapi kasih ibu tiada ternilai...
boleh ke kite beli kasih ibu kat pasar malam..x boleh kan
tapi kenapa kite mesti tergamak lukai hati kecil ibu yang sentiasa menginginkan kasih sayang dari kite..
duhai rakan
kenanglah dimana kita sekarang
dibumi kita berpijak
andai tiada ibu
adakah kita kan berada disini
saat erangan sakit ibu ingin melahirkan kita
pernahkah kita rasa sakitnya
sungguh masih belum
namun ibu
jasamu terlalu besar
darjatmu terlalu tinggi
ibu..ibu..ibu
permata hati yang kau kandungkan dulu
sering mengguris hati kecilmu
kerana masih degil
kerana masih berseronok
ibu..
maafkan segala kekhilafan daku
aku alpa ibu
namun hanya kau yang sering ku rindu
saat aku sendiri
segala kata dari bebelanmu kembali diingatanku
sungguh kau inginkan anakmu menjadi yang terbaik
akan aku cuba ibu
utk membahagiankanmu
kerna aku sayang ibu...
No comments:
Post a Comment