Sunday, September 2, 2012

aku dan diriku


Assalamualaikum w.b.t

Terasa lama sgt x mengaktifkan jemari ni untuk menaip something yang bersarang dihati
n hari ni aku terasa seolah ingin meluah segala disini.



kini aku seolah berada di duniaku sendiri
Dunia yang seolah x membela diri untuk mengecapi sebuah kebahagiaan
Terasa berada di antara sempadan derita dan gembira
Namun aku harus bangkit dari dunia fantasi yang hanya mengkhayalkan diri ini..
yang hanya melekakan diri ini agar terus hanyut dari landasan yang sebenar

Duhai hati..
Bersabarlah
Aku tahu kini kau mulai terluka
Terluka kerana salah sendiri
Yang x membezakan mana keperluan dan mana kepentingan

Duhai hati
Usah kau bersedih lagi
Bangunlah dari mimpi yang membinasakan diri
Duhai hati rawatilah diri bersama zikrullah kepada illahi
Mungkin sudah suratan hidupmu diuji sebegini..
lepaskan lah genggaman itu dari hati
Agar kau bisa tenang kembali..

hentikan tangisan yang mengalir dipipi
agar kau mengerti hati yang terluka itu x mungkin bisa diubati kembali
Radhalah pemergiannya
Semoga hati ini kan terus cekal melalui ujian hidup..
amin ya rabb

No comments:

Post a Comment