Showing posts with label belajar masak. Show all posts
Showing posts with label belajar masak. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

resepi bingka tepung beras

assalamualaikum sahabat semua

hari ni aku nak shared resepi bingka tepung beras..
uhuk uhuk..baru je buat tadi..rasenye alhamdulillah sangat memuaskan..


bahan-bahan

  • 750g santan (aku guna santan pekat)
  • 1/2sk garam
  • 1/2sk esen vanilla
  • 125g tepung beras
  • 125g gula
  • 25g tepung jagung
cara-cara
  • masukkan semua bahan (saya ayak dulu tepung). kacau sebati
  • panaskan atas api sehingga likat (kacau selalu agar x berketul)
  • sapu loyang dengan minyak. masukkan adunan yang likat tadi kedalam loyang dan bakar selama 1jam @ sehingga perang bahagian atas.
  • untuk pastikan bahagian bawah bingka masak, seteleh bahagian atas keperangan, guna api bahagian bawah selama 30minit..
  • biarkan sejuk dan makan..hihi

Thursday, October 31, 2013

resepi donut lembut gebuss

assalamualaikum dan salam sejahtera u ollsss..

lama bebeno x update blog ni.. disebabkan line yang macam siput (slow) jadi banyak pertanyaan lambat dibalas.. maaf ye kengkawan sumer..


okay hari ni aku nak kongsi dengan korang resepi donut comfirm lembut dan gebus..hihi..padahal baru semalam 30 0ct 13 aku cube buat..alhamdulillah menjadi..

walaupun rupanye x sempurna mana sebab first time buat kan tapi aku excited sgt nak shared jugk ngan korang resepi ni..hihihih

bahan-bahan

mauripan/yeast - 2 sk *
1 sk gula *
1/4 cawan air suam *

3 cawan tepung gandum (ditapis)
2sb marjerin
1 biji telur
1/2 cawan air
1 sk garam
4 sb gula

cara-cara memasak

> (campur ketiga-tiga bahan *  diatas dan biarkan sehinggan yeast aktif (berbuih) -dalam 10 @ 15min
> masukkan tepung,gula,garam (gaul sebati dan lubangkan tengah-tengah)
> masukkan telur, mrjerin dan air, dan mauripan/yeast yang telah direndam bersama-sama. uli tepung hingga x melekat pada tangan dan bekas.
> perapkan selama 20-30minit. tutup bekas menggunakan tuala lembap.
> setelah selesai, adunan akan naik..tumbukkan adunan agar angin keluar.
jadi boleh la bentukkan donut korang. sebelum goreng pastikan korang biarkan donit korang tu slama 10mint agar ia kembang. ang then goreng..
bila dah masak korang boleh sira @ tabur dengan gula yang dah dikisar halus dan ditapis terlebih dahulu.

(*_*)(")
selamat mencuba..hihihihi

Friday, August 16, 2013

resepi bakso

assalamualaikum w.b.t





ade jugak tips @ pengalaman yang nak cerite..

  • actually, resepi ni aku ambik dari my resepi tapi aku olah sedikit resepi die..memang sedap..x caye cube la ye
  • masa tumis, guna minyak dalam kadar yg sgt sikit sebab bile kite masukkan bebola daging akan terhasilnya lemak-lemak dari daging tu.jadi jangan letak byk2 okay..
  • untuk bebolah daging, dalam resepi die suruh hiris2 bawang tapi aku syorkan korang tumbuk bawang tu tapi jangan terlalu lumat pulak ok..
BAHAN-BAHAN
  • Mee Hoon @ mee @ maggi yang direndam dan ditoskan 
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • daun sup @ daun bawang
  • bawang goreng

UNTUK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus @ ditumbuk
  • 1 biji bawang putih diracik halus @ ditumbuk
  • 1/2 biji telur
  • 1sk tepung ubi / tepung jagung
  • 1sb tepung gandum
  • sedikit serbuk lada sulah n garam



UNTUK KUAH
  • sedikit minyak tuk menumis
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa
CARA MEMASAK

  1. UTK BEBOLA:  gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka.
  2. UTK KUAH : Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali seraiMasukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. Masukkan bebola daging, kuah akan masak bila bebola daging tadi timbul keatas.

selamat mencuba ye

kek chiffon pandan

assalamualaikum w.b.t

hari ni aku nak shared pada korang resepi kek chiffon pandan..rasenye mmg sedap..


Bahan A
 6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir
 pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
 6 biji putih telur
 1/2 cawan gula pasir
 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A): 


  • Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
    1. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
    2. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
    Bahan (B): 
    1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
    2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
    3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
    4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
    5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
    6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
    7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
    8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

    Sunday, June 30, 2013

    resepi roti tortilla

    assalamualaikum w.b.t

    kesunyian aku ptg ni.. xde sape yg nak menemani..wah..bosan bukan main lagi aku rase..hukhuk..
    tetibe rase perut ni lapor..so, fikir punye fikir makan aku buat roti tortilla..tapi roti ni bukan dibeli di supermarket okay..just buat sendiri..lagi puas ati.. (*___*)

    saiz hidangan untuk 2 orang sebab dapat 5 biji je..kalo nak buat lebih, lebihkan bahan okay.


    BAHAN ROTI

    • 1 cawan tepung gandum
    • 1/2 sk baking powder
    • 2sb minyak jagung / myk msk biase
    • garam
    • 1/2 cawan air panas (pastikan air btol2 pnas)
    cara memasak
    • satukan tepung dan baking powder (ayak dahulu kalau rajin )hehe
    • masukkan minyak jagung/myk masak dan garam..gaul sampai jadi berketul-ketul
    • masukkan air panas..pastikan adunan semua tu rata ok
    • perap selama 15-20 minit..tutup bekas menggunakan kain lembap..
    BAHAN INTI

    • 2 keping daging burger (goreng dahulu)
    • 1 biji kecil tomato (potong nipis)
    • salad
    • mayonis
    • sos cili
    cara membuat

    • goreng daging berger terlebih dahulu
    • satukan semua bahan dan boleh la makan.. 
    selamat mencuba (")(^___^)


    Friday, June 21, 2013

    resepi kuih lompang...

    assalamualaikum..

    hari ni aku nak shared resepi kuih lompang..actually, aku guna gula merah okay..jadi rasanya seperti kuih kaswi..kuih lompang pun banyak versi jugak..hihi..tapi yang paling penting rasenye okay..


    BAHAN-BAHAN

    - 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
    - 1 sb tepung ubi (ayak)
    - 3/4 cawan gula merah
    - 3/4 cawan gula
    - sedikit garam
    - kelapa parut
    - 2 cawan air

    CARA MEMASAK 

    -sediakan gula merah dan gula bersama 1 cawan air didalam periuk.. panaskan bahan sehingga larut sepenuhnya..biarkan ia sejuk
    - campurkan tepung gandum, tepung ubi & garam bersama 1 cawan air..gaulkan sehingga sebati dan x berketul..
    - tuangkan air gula yang telah disejukkan seketika tadi kedalam adunan kuih..kacau sebati..
    - tuang adunan ke dalam acuan kecil untuk dikukus..anggaran akan mendapat 25biji kuih untuk 1 adunan kuih ini..
    - kukus selama 20minit sehingga masak..
    - hidangkan bersama kelapa parut..

    YUMMY

    resepi kuih seri muka

    assalamualaikum..

    hari ni 1st time aku masak kuih seri muka untuk mak ayah..semperna bfday mak aku yang ke-59..hihi



    taraaaa!!! ini hasilnye..hihi

    jom tengok ape resepi yang aku guna..tis is my resepi sebab byk yang aku ubah dari resepi asal..tapi x lari jauh mane pun kan.. (*___*)..ni untuk loyang ukuran kecil..cukop la rasenye untuk di mkn 5 orang...tu pun banyak kot..

    BAHAGIAN BAWAH
    - 250g beras pulut (rendam slama 20mint)
    - 200ml santan cair (sye gune santan pekat utk lebih rasa lemak)
    - 1sk garam 
    - 2 sm myk masak.. 
    - 1 helai daun pandan (diikat)

    p/s ---> gaul semua bahan dan kukus 30minit bersama daun pandan


    BAHAGIAN ATAS
    - 70g tpung gndum (ayak)
    - 2sm tpung jgung (ayak)
    - 70 g gula
    - 1/2 sk garam
    - 2 bj telur
    - 200 ml santan pekat 
    - 150ml air + 5 helai daun pandan (potong kecik dan blander)

    p/s ---> pastikan tapis santan dan air pandan yang dah siap di blander sebelum dimasak..

    CARA-CARA

    gaul bahan-bahan bahagian bawah dan kukus selama 30 minit..
    - semasa tunggu bahagian bawah siap dikukus, satukan semua bahan atas dan gaul rata..panaskan bahan atas api yang sederhana sehingga likat..
    - selepas masak bahagian bawah, tekan pulut yang dah siap dikukus agar padat dan  isi bahagian atas yang dah siap dimasak tadi kedalam loyang yang sama dan kukus lagi selama 30-40minit..
    - akhir sekali, tunggu kuih sejuk n ape lagi..makan la..hihihi..

    Monday, March 18, 2013

    mushroom soup


    Assalamualaikum w.b.t

    Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar di bumi Allah ini.
    hari ni sy nak shared dengan kawan2 cara nak memasak mushroom soup..hehe..alhamdulillah rasanye pun ok..


    Milk and Mushroom soup
    ( gambar ni diambil dr google..hihi sebab lupe nk tangkap
    gambar, tapi masakan sama seperti gambar ni okay)



    bahan-bahan
    • 1 tin kecil mushroom (dicincang halus)
    • 1500ml air
    • 500ml susu kotak (sy gune susu dutch lady full crimer)
    • 1 ketul kiub pati ayam
    • 1 cawan tepung gandum (di bancuh dengan sedikit air )
    • sedik garam (dalam 3 sudu kecil)
    • dada ayam (dicincang halus)
    cara memasak
    • rebus ayam bersama air sehingga ayam masak, kemudian, masukkan susu dan pati ayam..kacau sehingga sebati
    • seterusnya, masukkan tepung yang sudah dibancuh bersama mushroom yang telah siap dicincang halus. kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan garam secukup rasa..bergantung pada citarasa setiap individu.
    • akhir sekali,kacau adunan sehingga pekat, ( tujuan : agar tpung x menjadi berketul-ketul didalam masakan)
    • siap dan sedia dihidangkan..lagi sedap makan bersama roti.. aummmmmmmmmmmm

    Tuesday, March 6, 2012

    cup cake

    assalamualaikum w.b.t

    pertama kali aku buat cup cake...aku masak dan akak aku just isi ising atas cup cake yang dah siap masak..
    rasanya..wowww! best

    jom sama2 kite tengok hasil kerja aku...






    mmg makan ini ye hari tu.siap bwk g opis... nyum2