Friday, July 19, 2013

tutorial bunge part 3

assalamualaikum w.b.t

pasti ramai yang nak sangat belajar macam mana la nak buat bunge2 dari kain-kain perca kan..
hari ni aku shared gambo dulu then tutonye nanti ye sebab semalam x ingt nak tangkap gambonye...
alamak ape la aku ni..

jom cuci mate dulu ye


bye-bye (')(*___*)

baju kurung dewasa

assalamualaikum w.b.t

hai syukur pada yang esa kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsikan beberapa gambar  baju-baju kurung dewasa yang telah siap dijahit..
alhamdulillah
dengan kemahiran yang ade dapatlah cari sikit duit raye kan..hihi..




Thursday, July 18, 2013

kurung modern kanak-kanak 3T

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

hari ni aku nak shared sepasang kurung modern kanak-kanak..hasil daripada jahitan aku..hehe
actually, sgt2 x confident nak bua tbju kecik2 ni tkut x mnjadi..tmbh xde contoh..kene ambik ukuran badan..huihhh..memang mencabar..
cume agak ketat bile nak pkai kat tgan..tp bile dah masuk alohaiii sweetnye tgok die pakai..tgn x beso x kecik..
budak kecik xde cutting jadi mama die suruh aku buat cutting sikit..so aku just buat dart je la kan..
tu yg jadi ketat sikit..dah nak pulak ngam2 gan badan..har jadinye..
nasib budak kalau mak budak memey aku x kan wat bju ngam gan bdan..
adoiii, den yg jahit ni ha kene tempias...
part leher x berani nak buat besar sebab budak ni alahaiiikecik no..die pkai pun sweet je ukuran leher gan die...

jom cuci mate gan gambo baju di bawah ni ye (*___*)

rintihan sang hati part 1

assalamualaikum w.b.t


sungguh hati ini sedih, sungguh hati ini merintih, sungguh hati ini pilu
manusia dan rasa kecewa sungguh sepeti mata jahitan yang dimatikan..
sukar untuk dipisahkan andai tiada jalan penyelesaian...
saat tertusuknya jarum di jari, terasa ianya pedih,
tidaklah ia sepedih luka dihati yang kian terguris..
terguris kerana manusia
terguris kerana perilaku manusia
terguris kerana kata-kata manusia

disana kelihatan bulan yg bersinar indah
bintang yang berkelip ceria
namun hatiku masih lagi berduka
berduka kerana manusia

oh manusia,
mengapa aku disiksa
mengapa aku kau beri derita..
mengapa aku kau sering persia..

berfikir mahu melangkah pergi
aku mengumpul semangat yang hanya berbaki sisa
sisa-sisa yang telah engkau persia
cuba aku kumpelkan semula untuk mengejar sebuah bahagia..

ya Allah,
tika hambamu merintih lirih
hanya padamu tempatku mengadu
pedih, pilu yang kau uji
aku terima dengan rela hati

subhanallah sungguh siksa rasanye kecewa itu
kecewa yg sering  berbaur duka
namun aku redha atasketentuannya
kerana ianya diuji oleh yang esa...

Tuesday, July 16, 2013

tutorial menjahit span bahu

assalamualaikum w.b.t

syukur alhamdulillah masih boleh menaip kembali..
hari ni aku nak shared sikit ilmu tentang cara-cara nak jahit span bahu dengan cantik dan kemas..
actually, waktu mule-mule aku jahit dulu punye la susah nak dapat jahit span tu dengan elok sebab permukaan span tu melengkung..mesti ade je kain yg terlipat sebabkan situasi yg melengkung tu..

jom follow step-step ni untuk mudahkan korang mendapatkan span yg dijahit kemas tanpa sebarang masalah.

potong kain pada bentuk segi 4 " cari titik tengah dan follow seperti gambar dibawah..cara jahit sama macam kite jahit lisu @ dart pada baju


bahagian dalam selepas dijahit

bahagian luar selepas di jahit

letakkan span seperti yang berada di gambar atas..pastikan span yang belah melengking di bawah ye..


mulekan menjahit di keliling span..matikan mata jahitan di awal dan akhir aktiviti menjahit

keadaan bahagian atas span setelah siap dijahit

keadaan span bahagian bawah...

taraaa!!! keadaan span lepas dah jait tepi..tengok melengkung elok je kan..n paling penting memang selesa kalau kite pakai..

teknik ni aku belajar masa kat giatmara dulu..hekhek..dah 4 tahun kot tinggal..after blajar jahit trus smbung belajar bidang engineering..haha..larik jauh kosnye..xpe yg penting ilmu yg mase balaj dulu tetap ade dalam minda ni..alhamdulillah

selamat mencuba (")(^__^)
bye-bye

Saturday, July 13, 2013

Blouse

assalamualaikum w.b.t

syukur masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dan bekongsi ilmu yang seterusnya..
baru2 ni aku baru je siapkan sehelai blouse..biase-biase je..simple blouse..
x lah sempurna mana, sebab aku pun x mahir menjahit...
tapi ilmu yang ade serba sikit mampu dikongsikan bersama para pembaca sekalian..inshaAllah



part lengan aku jahit sama seperti jubah modern yang aku sharedkan baru-baru ni... senang rasenye pakai baju lengan getah mcm ni..yang pnting menutup aurat kan..

untuk polanye nanti aku sharedkan..simple je polanye.. hihi...

 (")(*___*)

Thursday, July 11, 2013

melakar pola jubah moden dan kurung moden

assalamualaikum w.b.t

di pagi hari yang penuh berkat ini aku nak sharedkan pada korang cara-cara nak buat pola jubah moden..pola ni juga boleh digunakann untuk membuat kurung moden..sebab same je..hihi..

BAHAGIAN HADAPAN


1-2 : ukuran keliling dada bahagi 4
1-3 : ukuran labuh pinggang
3-4 : ukuran pinggang ke punggung (8" dewasa)
1-5 : ukuran labuh baju yang dikehendaki
1-6 : ukuran bahu (gariskan sudut 90darjah ke 7)
1-9 : ukuran leher bahagi 6 + 1cm
9-10 :  turunkna 5 1/2" @ 6" (lakarkan bentuki leher yang dimahukan)
6-11 : turunkan 1"
2-8 : ukuran dada bahagi 4 +3/4"
12 : 11 ke 7 bahagi 2
12-13: masukkan 1/2" @ 3/4"(sambungkan 9,11,13 dan 8 menggunkan pembaris L)
3-14 : ukuran keliling pinggang bahagi 4
14-15 : + 1/2"
4-16 : ukuran keliling punggung bahagi 4
16-17 : + 1/4" @ 1/2" @ 3/4"
5-8 : sama seperi 4-7 ,sambungkan 8,15,17 dan 18 (guna pembaris lengkung body)
18-19 : naikkan 1/2" (guna pembaris body)

BAHAGIAN BELAKANG

note : segala ukuran sama seperti pola bahagian hadapan..yang berbeza adalah baju belah belakang dibelah tengah untuk diletakkan zip dan ukuran 1-10 : turunkan 1/2". yang lain adalah sama.

PENERANGAN MEMBUAT LISU PEMADAN

3-20 :mercu ke mercu bahagi 2
21-22 : labuh mercu
22-23 : turunkan 1 1/2"
24-25 : naikkan 3" (turunkan 5" @ 5 1/2")
26-20-27 : 1cm @ 1/2"

p/s ---> untuk melakar pola bahagian lengan g ke link melakar pola lengan okay 

SELAMAT MAJU JAYA (")(*__^)

melakar pola lengan baju

assalamualaikum w.b.t

bismillahirahmanirahim..
hari ni aku nak shared with korang cara nak lakar pola lengan yg biasanye kite buat utk baju kurung moden, jubah, blause dll..


PENERANGAN 

1-2 : ukuran labuh lengan yang dikehendaki
2-3 : ukuran keliling buka lengan bahagi 2
1-4  : ukuran keliling dada bahagi 12
4-5 : + 1/2inci

1-6 : ukuran keliling dada bahagi 4 + 1/4inci @ 
5-6 : ukuran keliling dada bahagi 4
7 : 1 ke 6 bahagi 2
7-8 : turunkan 1/2inci
9 : 8 ke 6 bahagi 2
9-10 : turunkan 1/4inci
11 :1 ke 7 bahagi 2
11-12 : naikkan 1/2inci
x :  6 ke 3 bahagi 2
x -x1 : masukkan 1/2inci @ 1 inci @ mengikut kesesuaian fesyen 

melakar pola jubah A shape line @ jubah biasa

assalamualaikum w.b.t

syukur kehadrat yang maha esa..hari ni aku nak shared cara-cara nak buat pola jubah biasa @ A shape line..


penerangan

1-2 : ukuran dada bahagi 4
1-3 : ukuran labuh pinggang.. (biasanya dewasa 14.5inci)
1-4 :ukuran labuh punggung (dewasa 22inci )
1-5 : ukuran labuh jubah yang dikehendaki
1-6 : ukuran lebar bahu bahagi 2
6-11 : turunkan 1 inci..
untuk dapatkan no 12 (11 ke 7 bahagi 2 jadi dapat no.12) masukkan kedalam sebanyak 1/2inci @ 3/4 inci @ 1 inci dan gariskan..
2-8 : ukuran dada bahagi 4 + 3/4inci @ 1inci..

(bentukkan garis lubang lengan bermula no 1,13dan 8 menggunakan pembaris sesiku L )

daripada no 8 ke 14 (pastikan berapa kembang jubah yang dikehendaki dan garis lurus dari no 8 ke 14

untuk pola lengan korang refer link ni okay lengan baju .

Wednesday, July 10, 2013

Jubah Moden Edisi Baru belajar

assalamualaikum w.b.t

bersyukur ke hadrat yang maha esa kerana masihh diberi kesempatan untuk merasai nikmat lapar dahaga di bulan ramadhan yang penuh berkat ni..

hari ni aku nak shred beberapa gambo jubah moden aku sendiri yg di reka sendiri oleh aku..janji jadi baju kan..hehe
actually, aku baru je belajar jahit zip sembunyi..main buat je tup-tup jadi..alhamdulillah.. :)

JOM CUCI MATE

bahagian hadapan


lengan cekak getah

bahagian belakang..

Monday, July 8, 2013

tutorial menjahit seluar pinggang getah kanak-kanak

assalamualaikum w.b.t

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG"

kali ni entry about cara nak jahit seluar pinggang getah kanak-kanak..

cara mengambil ukuran dan polanye korang boleh refer pada blog ini..kalau aku buat pun ia adalah perkara yang sama.. cara mengukur dan membuat pola seluar pinggang getah kanak-kanak 


CARA MENJAHIT
part 1 : jahit bahagian yang dah ditanda dengan anak panah terlebih dahulu..cantumkan kedua-dua keping seluar ye..

aku just jahit je untuk menyatukan kedia-dua belah seluar..jahitan mesti 1/2inci..jangan lebih..kalau x, x cantik..
anak panah tu bermaksud bukan cantumkan kedua anak panah agar bersama dengan anak panah belah lagi satu..tu petunjuk agar korang jahit disitu..


bile dah siap jahit die akan jadi macam ni...ni part kelengkang ye..

pArt 2 : cantumkan dengan menjahit dari kaki seluar dan ke tengah kelengkang terus ke kaki seluar sebelah lagi satu


BAHAGIAN PINGGANG
PART 3 : jahit lurus bahagian pinggang, pastikan korang tinggalkan sikit lubang untuk masukkan getah..
aku jahit dengan ukuran 1 inci sebab getah yang aku guna ukuran lebar 3/4inci je..




bahagian dalam setelah getah siap dijahit

MENJAHIT KAKI SELUAR

part 4 : dengan ukuran 3/4inci aku jahit terus..masukkan 1/2inci kedalam sebelum menjahit kaki seluar..perhatikan pada gambar untuk lebih faham.

dan hasil setelah siap baju dan seluar 


okay!!disini jugak aku nak sharedkan jugak video tutorial menjahit seluar baju melayu kanak-kanak..kot kalo yang x faham entry ni boleh faham melalui video ni kan..inshaAllah 

OK!!!SELAMAT MENCUBA
bye-bye (")(0____0)


tutorial menjahit baju melayu kanak-kanak

assalamualaikum w.b.t

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG"

syukur alhamdulillah hari ni aku sempat snap gambo dan boleh lah shared sikit tutorial cara nak jahit baju melayu..yang aku jahit ni baju melau budak 1 tahun..hehe

untuk cara memotong dan mengukur baju melayu korang boleh refer pada entry cara mengambil baju kurung yang dah aku buat..cara nya sama sahaja..

dan aku berbesar hati shared with korang tutorial cara menjahitnye sekali..x beza dengan baju kurung..it's same okay 

step 1 : pasangkan kekek pada pesak..ikut cara menjahit seperti di gambar..jahit kedua-dua belah pesak bersama kekek..






step 2 : jahit lengan pada pesak dan kekek yang telah siap dicantumkan..setiap permulaan dan pengakhiran jahitan mestilah dimatikan terlebih dahulu..ianya penting agar jahitan x terurai..




BAHAGIAN LEHER
step 3 :jahit leher..setelah siap, snipkann disetiap bahagian yang melengkung agar kemas setelah leher siap.





CARA UNTUK MEMBUAT POKET BAJU MELAYU

step 4: lukiskan poket dengan ukuran yang dikehendaki pada kertas manilakad @ kertas keras..
penggunaan sabun adalah bertujuan agar apabila poket di iron,kedudukan poket melekat dan kemas dibahagian separa bulat..perhatikan pada gambar untuk lebih faham ye..


jahit bahagian atas poket terlebih dahulu dengan ukuran 3/4inci(kanak-kanak) dan 1inci untuk dewasa..








CARA MENJAHIT POKET PADA BAJU
step 5 : lihat pada gambar sebagai rujukan..rasenye korang sure boleh faham kan cara nak jahit bile korang fahamkan gambar yang ade..hihi







bile dah siap pasang poket ini bermakna tinggal cantum badan dan lengan je lak kan..hihi
step 6 : bermula pada garisan bahu..jahit hingga kebawah..diulang step yang sama sehingga siap pasang badan dan lengan..


bahagian dalam baju

bahagian luar baju 

MENJAHIT KEMASAN TEPI BAJU

perasan x kat tepi baju ade urat benang..nampak kemas kan baju maca tu..so follow cara ni kalau korang nak buat kemasan tersebut





MENJAHIT BAHAGIAN HUJUNG LENGAN DAN BAJU

sesetengah tailor x lipat pun part ni..terus jahit atas benang jahit tepi je..tapi aku agak cerewet jadi aku lipatkan 1/2inci kedalam dan 3/4 inci lebar jahitan bawah dan lengan baju..


DAN HASIL SETELAH SIAP 

opsssss!!! aku letak kerongsang untuk sementara waktu..hehe

SELAMAT MENCUBA
bye-bye (")(*__*)