Thursday, November 28, 2013

Engagement Day

bismillahirrahmanirrahim.. 
assalamualaikum sahabat bloger semua..

dah lame x menulis hari ni aku nak shared gambar-gambar pertunangan yang dijalankan secara adat baru-baru ni 24 november 2013..
sebenarnya ikutkan hati x mahu lah membazir untuk buat majlis ini, tapi disebabkan aku anak bongsu pada 6 orang adik beradik mak buat jugak majlis ni..jiran-jiran pulak mencadangkan agar majlis diadakan..tapi alhamdulillah majlis cukup sederhana..cuma jiran sebelah menyebelah dan keluarga pihak lelaki sahaja..


















sekian,wassalam..semoga ikatan ini dirahmati Yang Esa..inshaAllah..amin

Thursday, November 7, 2013

resepi bingka tepung beras

assalamualaikum sahabat semua

hari ni aku nak shared resepi bingka tepung beras..
uhuk uhuk..baru je buat tadi..rasenye alhamdulillah sangat memuaskan..


bahan-bahan

  • 750g santan (aku guna santan pekat)
  • 1/2sk garam
  • 1/2sk esen vanilla
  • 125g tepung beras
  • 125g gula
  • 25g tepung jagung
cara-cara
  • masukkan semua bahan (saya ayak dulu tepung). kacau sebati
  • panaskan atas api sehingga likat (kacau selalu agar x berketul)
  • sapu loyang dengan minyak. masukkan adunan yang likat tadi kedalam loyang dan bakar selama 1jam @ sehingga perang bahagian atas.
  • untuk pastikan bahagian bawah bingka masak, seteleh bahagian atas keperangan, guna api bahagian bawah selama 30minit..
  • biarkan sejuk dan makan..hihi

Sunday, November 3, 2013

melakar pola kain baju kurung

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum sahabat semua. hari ni tetibe rase nak menaip tentang pola kain baju kurung.
actually, senang je caranye kalau kita faham macam mana nak buat.

sebelum tu korang kena faham okay ade sesetengah tailor suka ambik bahagian kain terus sahaja 1 kain dan ada yang potong bahagian hadapan dan belakang. cara paling senang sudah tentu la ambik kain secara terus kan (satu lembar kain)..tapi kalau nk kemas better korang ambik bahagian hadapan dan belakang kain secara berasingan..

BAHAGIAN BELAKANG

cara 1
0 = garisan pinggang 
1 = garisan labuh kain
2 = garisan punggung

0 ke 1 = labuh kain tolak tinggi pinggang (untuk pinggang yang dipotong asing dengan kain)
0 ke 2 = ukuran pinggang ke punggung tolak 2.5cm
0 ke 3 = 1/4 keliling pinggang + 2.5cm (lisu)
0 ke 4 = 1/4 keliling pinggang + 5cm (getah)
2 ke 5 = 1/4 keliling pinggung + 2.5cm untuk kelonggaran
1 ke 6 = sama 2 ke 5

cara membuat lisu 

0 ke 3 = 1/4 pinggang + 2.5cm
0 ke 7 = 1/8 pinggang
7 ke 10 = 1/8 punggung
7 ke 8 = 1 cm
7 ke 9 = 1cm

cara 2

cara ke 2 ini adalah dimana piggang dijahit terus dengan kain, jadi x perlu potong kain untuk menjahit pinggang yang berasingan. tapi diingatkan mesti lebihkan ukuran kain 1 1/2"di bahagian pinggang untuk jahit getah
ukuran 1/2 ukuran punggung + 5cm untuk kelonggaran (getah) 

BAHAGIAN HADAPAN

fabrik hendaklah dilipat 2 pada bahagian hadapan kain (bukan kipas) @ anda boleh
potong pola bahagian belakang dan tekapkan pada pola bahagian hadapan untuk panduan cuma tambah bilangan kipas sahaja.