Sunday, March 9, 2014

tutorial menjahit kain kipas belakang pinggang cassing

assalamualaikum w.b.t

hari ni aku nak shared dengan u'olsss sedikit tutorial cara2 nak jahit kain kipas belakang + pinggang cassing.

ape yang kite perlukan untuk jahit pinggang cassing ? pinggang cassing ni adalah x sepenuhnya kita jahit pinggang menggunakan getah. ianya adalah percampuran antara getah + kain keras (vecrom)



LANGKAH MENJAHIT

bahagian hadapan + bahagian belakang
gambarajah yg aku lakar ni adalah serba sikit penerangan ye.. perhatikan terdapat tanda lipatan pada bahagian kipas kain ye..


pastikan kedudukan zip 8-9". dibahagian bawah kedudukan zip, jahit lurus hingga ke bahagian yg berada di gambarajah diatas.



jahit zip. tinggalkan 1/4" shja basi diatas untuk sambung ben pinggang. (kain pinggang dipotong berasingan bersama badan kain)



jahit lisu jika anda membuat lisu..kalau nk buat pinggang cassing korang kene buat lisu ye untuk menentukan kedudukan vacrom dan getah dengan tepat.

tanda kedudukan kipas seperti di lakaran

jahit sipis bagi setiap kedudukan kipas


temukan kesemua kipas pada bahagian tengah2 kedudukan kipas. part yg tanda lipatan pada lakaran diatas.

jahit untuk satukan kesemua kipas. pastikan anda mematikan mata jahitan diawal dan akhir jahitan



anda juga boleh buat kemasan pada bahagian jahitan cantuman kesemua kipas.

kipas yang telah siap dijahit.
setelah selesai menjahit kipas. cantum bahagian hadapan dan belakang (kipas) kain. cantuman dilakukan pada bahagian sisi kain.

selepas kain dicantum, jahit kelepek bawah kain samada 1 kali lipatan @ 2 kali lipatan (aku mmg buat 2 kali lipatan)

MENJAHIT PINGGANG CASSING

untuk cassing kain kipas adalah berbeza dengan cassing kain duyung @ kain kembang payung @ kain lipat batik @ kain susun tepi kerana zip pada bahagian belakang. iaitu getah = 2 keping dan kain keras @ vecrom = 3keping.

contoh pinggang 27 kan.. 27-1 = 26 (perlu ditolak kerana getah boleh memeri, kalau x potong 1", longgar la part pinggang korang nanti)
  26 bahagi 2 = 13"
getah = 13 bahagi 2 = 6 1/2"
vecrom = 13 bahagi 2 = 6 1/2". satu lagi bahagian vecrom dibahagi kepada 2 iaitu 6 1/2" bahagi 2 = 3 1/4". dan salah satu vecrom korang boleh tmbh 1" untuk rumah hook. kiranya 1 part 3 1/4" dan satu lagi 4 1/4"... (aduhh!!! boleh imagine x?) sila lihat gambarajah dibawah.


mesti korang dh dpt imagine kan? aku harap begitulah..

cantum ben pinggang pada bersama kain pada bahagian pinggang.

masukkan getah yg telah siap dicantum bersama vacrom pada ben pinggang,


 

pada part getah pastikan korang jahit pada longkang antara ben pinggang dan kain. pemabahagi antara getah dan vecrom korang perlu jahit lurus pada ben pinggang..

pada part vecrom, pastikan korang jahit diatas vecrom ye..sebab getah kite akan tarik dan vecrom ni kedudukan kekal pada tempat asalnye sebab tu kita jahit atas vacrom tersebut.

keadaan bahagian bawah sewaktu kerja menjahit pinggang cassing.


boleh imagine x cmne nk jahit pinggang ni? nt jika ada kelapangan dan jika masih bernyawa aku buat tutorial jhit pinggang ni bersama penerangan sedikit..

selamat mencuba (^_^)(")

Tuesday, March 4, 2014

teknik menjahit leher baju kurung

assalamualaikum w.b.t

bersyukur pada Allah s.w.t kerana aku masih diberikan kudrat dan kesihatan yang baik untuk sama2 sharedkan dengan korang tips untuk jahit leher baju kurung.

korang perasan x sesetengah tailor jahit leher baju kurung part belahan leher jadi U.. sepatutnye menjdi V kan? TAPI TAPI jangan salahkan tailor ye sebab x semua tailor cara jahitnye sama.
pasti ada juga yang berbeza.. kurniaan akal yang dianugerahkan oleh Allah boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara..

  • sewaktu kerja menjahit dilakukan, kan kite jahit atas lapik leher..okay pada garisan putus-putus tu korang jahit guna mata jahitan yang biasa korang guna ( aku biasa guna mata jahitan 2.5 pada mesin highspeed ) 
  • 1/2" bahagian bawah iaitu part yang aku lukis v tu korang perlu jahit dengan menggunakan mata jahitan yang lebih kecil..korang boleh guna mata jahitan no 1.5 dan 1.. pastikan korang jahit bentuk v ye.
  • teruskan jahitan pada part putus2 dengan mata jahitan normal kembali.
  • selesai jahit, kita kan belah pada part belahan leher baju. sila hati2 takut nti bila korang syok sangat snap habis kene jahitan tadi..kan dah x elok..kene tindih jahitan pulak..jadi 1 keje pulak kan..jadi hati2 okay
  • dah siap snap, terbalikkan lapik leher ke bahagian dalam baju.
  • HASILNYA..LIHAT DI BAWAH!!!

maaf la ye aku x iron betol2 lagi..korang akan dapat betol2 v kat bawah belahan leher tu 

okay!!! selamat mencuba, semoga berjaya ye (^_^)(")

teknik melakar pola kurung moden

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, syukur pda Yang Esa kerana masih lagi memberi aku kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan u'olsss..

hari ni aku nak sharedkan dengan korang teknik2 nak lakar pola kurung moden dengan menggunakan pembaris lengkung dan pembaris L..
pasti ade yang keliru macam mana nak guna part2 pembaris tersebut..disini aku jelaskan di mana pembaris itu dilkar dengan kedudukan sebenar pembaris.
opsss..guysss..lain orang lain cara ye tapi u all boleh cuba mana2 cara n inshaAllah menjadi..usha dan usha ye..

ukuran yang aku gunakan. aku bahagikan siap supaya mudah difahami ye.

LEHER = 15inch (15/6= 2 1/2" @ 2.5")
BAHU = 13 1/2" @ 13.5inch (13.5/2 = 6.75" @ 6 3/4")
DADA = 30inch (30/4 = 7 1/2" @ 7.5")
PINGGANG = 26inch (26/4 = 6 1/2" @ 6.5")
PUNGGUNG = 34inch (34/4 = 8 1/2" @ 8.5")
LABUH BAJU = 36inch


MELAKAR GARISAN ASAS BAJU KURUNG MODEN
pertama sekali buat garis macam ni ye..


1-2 : ukuran keliling dada bahagi 4 (30/4 = 7.5")



1-3 : ukuran labuh pinggang (14.5" untuk dewasa)

 
1-4 : ukuran labuh punggung (turunkan 8" dari garisan pinggang @ 22" dari garisan bahu untuk ukuran dewasa)

1-5 : ukuran labuh baju yang dikehendaki (36inch)


1-6 : ukuran lebar bahu bahagi 2. dah dapat garis bahu terus gris 90' kebawah ye iaitu pada garisan dada.
(bahu 13.5/2 = 6 3/4")

MELAKAR KEDUDUKAN LEHER

1-9 : ukuran leher bahagi 6 + 1/2" (15/6 = 2.5" + 0.5" @ 1/2" = 3")
1-10 :  turunkan 5 1/2" @ 6" (Korang boleh lakar leher jenis apa yang korang nak)
(
dalam gambarajah aku turunkan 3" sahaja sebab aku suke buat leher macam baju kurung ade belahan pada bahagian hadapan leher)

MELAKAR KEDUDUKAN BAHU 

6-11 : turunkan 1" kebawah untuk mendapatkan kedudukan garisan bahu

MELAKAR LENGKUNG LENGAN PADA BADAN BAJU
2-8 : ukuran keliling dada bahagi 4 + 3/4"

untuk mendapatkan titik 12. panjang 11 ke garisan dada bahagi dua untuk mendapatkan titik tengah iaitu no.12

12-13 : masukkan 1/2" kedalam

bentukkan lubang lengan menggunakan pembaris L @ french curve. kedudukan pembaris L adalah seperti di dalam gambarajah sewaktu kerja melakar dilakukan,

MENANDA KEDUDUKAN PINGGANG DAN PUNGGUNG

3-14 : ukuran keliling pinggang bahagi 4

14-15 : + 1 1/2" @ satu inci setengah


4-16 : ukuran keliling punggung bahagi 4

16-17 : + 1/2" @ 3/4" (aku biasa gune 1/2")

MELAKAR GARISAN BAJU KURUNG MODEN

okay sekarang kite akan satukan semua titik yang ada pada bahagian tertentu untuk membentuk pola baju kurung moden. sila perhatikan betul2 kedudukan pembaris sewaktu kerja-kerja melakar dilaksanakan.




okay untuk dapatkan kembang bawah baju sila lihat gambarajah dibawah. secara automatik u olssss akan dapat ukuran kembang baju u olss..sebab apa dari garisan punggung pembris akan jadi kembang kebawah. dan teruskan garis menggunakan pembaris lurus hingga hujung baju.



MELAKAR LENGKUNG KELEPEK BAWAH BAJU

basi kelepek bawah baju 1 1/2" atau 1". ikut suka korang lah nk buat berapa pun ye



daripada garisan bawah baju, naikkan 1/2" keatas dan gariskan. pastikan kedudukan pembaris lengkung sama seperti dalam gambarajah. sewaktu proses melakar


TEKNIK MEMPERBETULKAN GARISAN PINGGANG

okay ada sesetengah kes pinggang custmer adalah ramping dan punggung gak lebar (ala2 bentuk kerengga, comel gitu kan) jadi bila lakar pola alamak peliknye nampak pola tu.
okay jadi korang boleh follow step dibawah. kalau nak lakar untuk baju yg berbdan biasa pon okay..lagi tersangat cun jahitan korang..ade dart kan secara automatik akan membentuk pinggang jugak...



guna membaris lengkung dan gariskan seperti di gambarah pada bahagian yang pelik tdi tu..

MELAKAR LISU PEMADAN


3-20    : mercu ke mercu ÷ 2 (jarak antara kedua belah puting susu wanita)



21-22 : labuh mercu (labuh dari bahu ke puting susu)
22-23 : turunkan 1 ½ " kebawah


 24-25 : naikkan 3" keatas dari garisan punggung atau turunkan 5" @ 5 ½” dari
              garisan pinggang

26-20-27 : ukuran lebar untuk lisu adalah ½”
(satukam kesemua nombor yang sudah dibulatkan untuk membentuk lisu.


TARAAA!! dah siap dah pola u'olsss..semoga ianya bermanfaat untuk kalian..

untuk pola bahagian belakang, perbezaannya adalah kite akan potong kain tu pada bahagian tengah belakang tapi make sure korang tinggalkan basi kelepek agak2 1 pembaris lurus tu @ 1" @ 1 1/2". pembaris lurus tu lebar die 1 1/4". Itu pun dah memadai.
part leher jgk berbeza.

1-9 : 1/6 ukuran leher + 1/2"
1-10 : turunkan 1/2"

cube tengok contoh gambarajah ni...seerti ni yg aku maksudkan pinggang ramping punggung agak lebar..jadi korang boleh follow step yang aku tunjukkan diatas ye...

selamat mencuba (^_^)(")