Monday, March 11, 2013

10 golongan yang tidak diterima solatnya

assaamualaikum w.b.t

manusia sering alpa terhadap sesuatu..mari kita berkongsi sedikit ilmu yg aku rasa amat-amat penting utk diketahui oleh setiap yg bernama muslim..

1. ORANG YANG SOLAT SENDIRIAN TANPA MEMBACA AL FATIHAH :
Kerana Al Fatihah adalah rukun solat, dalam mazhab lain, ada yg berpendapat, jika solat berjemaah, maka imam akan tanggung, maka makmum xperlu baca al fatihah, tapi dalam mazhab syafiee, kita perlu baca al fatihah, sama ada sendirian atau berjemaah...

2. ORANG YANG TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT :
Solat membezakan antara islam dan musyrik, manakala zakat pula membezakan antara beriman dengan munafik, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, sia solat jika mengeluarkan zakat apabila telah cukup nisabnya...


3. ORANG YANG MENJADI IMAM(PEMIMPIN) PADA SUATU KAUM SEDANGKAN KAUM ITU MEMBENCINYA:
Oleh yg demikian, berhati2 memilih pemimpin dan hati2 jika ingin  menjadi pemimpin...jika orang bawahan xsuka pada kita, maka solat kita xditerima...tapi jgn pula org xsuke pemimpin itu kerana pemimpin itu adalah pemimpin yg adil..

4. HAMBA YANG MELARIKAN DIRI DARI TUANNYA : 
Jika hamba melarikan diri dari tuannya, maka amalannya xkan diterima selagi ia tidak kembali pada tuannya...


5. PEMINUM KHAMAR(ARAK) ATAU PEMABUK :
Setitik arak jika masuk dalam badan, maka 40 hari xditerima ibadat, bayangkan jika seteguk, segelas dan sebotol...arak merupakan induk kepada kejahatan, seperti cerita yg berlaku kepada ahli ibadat dari bani israel yg mati dalam kafir, hanya kerana mula meminum arak, ia berzina, dan membunuh org..arak itu bisa melalaikan kerana ia mengkhayalkan.

6. WANITA YANG TIDUR MALAM MEMBUAT SUAMINYA MARAH :
Ada hadis menyebut, jika dibenarkan manusia sujud kepada manusia, maka akan disuruh isteri sujud pada suami, begitulah tingginya kedudukan suami, jadi jika isteri buat suami marah, tidak hairanlah ALLAH menolak amalan isteri tersebut...

7. WANITA MERDEKA TANPA MEMAKAI TELEKUNG YANG SEMPURNA (aurat) :
Wanita merdeka ni adalah wanita yg bukan hamba kepada sesiapa, maka jika terkeluar rambutnya walaupun seurat rambut, maka batal solatnya...ALLAH tidak bernafsu, tapi nak mengadap ALLAH, diperintahkan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, 

8. ORANG YANG MEMAKAN RIBA :
Pemakan riba akan berenang dalam lautan darah di padang mashsyar, diisythtiharkan perang oleh ALLAH, dan ada hadis menyebut, akan dibangkitkan dipadang mahsyhar dalam bentuk anjing dan babi...riba ni ada lebih 70 jenis, dosa riba yg paling kecil adalah seperti berzina dengan ibubapa sendiri...

9. PEMIMPIN YANG MENYELEWENG DAN DERHAKA PADA ALLAH :
Tidak diterima solat pemimpin yg derhaka kepada ALLAH...tidak mahu mengikut perintah ALLAH...balasannya diletakkan didasar neraka Jahannam, digoyangkan diatas titian sirat, dan kekal di neraka Jahannam selama 50 ribu tahun...bukan tahun dunia, tapi tahun akhirat...

10. ORANG YANG SOLATNYA TIDAK MENCEGAH IA DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN :
Tanda solat tidak diterima adalah, kita xdpt mengelakkan diri dari melakukan kemungkaran, ini kerana, solat sepatutnya mendekatkan diri dengan ALLAH, bukan menyebabkan kita jauh dari ALLAH,

allahuakbar

Sunday, March 10, 2013

mawar



mawar pertama
  • Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi  taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali padanya.
mawar kedua 
  • Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.
mawar ketiga
  • Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampun untukmu dan syurga telah menunggumu.
mawar keempat
  • Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh dan sikap yang terlalu cemburu itu ibarat api yang membara.
mawar kelima
  • Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.
mawar keenam
  • Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.
mawar ketujuh
  • Bertingkah-lakulah dengan akhlakmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman. 
mawar kelapan
  • Berikan kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.
mawar kesembilan
  • Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati dan biarkan yang memusuhi terlupa.
mawar kesepuluh
  • Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyelesalan, penderitaan dan hukuman.

pemberian tidak ternilai

assalamualikum





mesti ada antara u all yg dah lali dapat hadiah kan tapi x seperti aku..jarang-jarang sekali dapat hadiah..
harge ? walaupun harge rm2 aku tetap terima
saje nak shared kan hadiah2 yg dapat..bukan berarti untuk riak okay
cuma berkongsi kegembiraan yang ada dihati
aku tahu korang pasti dapat yang jauh lebih cantik kan..harge? x kisah la kan..janji dorg ikhlas nak bagi pada kite kan..kan..kan..

(^____________^)



kurung v/s melayu

assalamualaikum w.b.t

hi, syukur kehadrat illahi kerana masih dipanjangkan usia dan di izinkan yg esa utk setia bernafas..
alhamdulillah

hari ni saye rase nak shared pada u'olls hasil kerja saye menjahit baju kurung dan baju melayu..tapi selua baju melayu xde..hihi
yela kan orang sekarang mane gemar pakai selua baju melayu..mostly pakai dengan jeans @ kain pelekat kan..

 

taraaaa... mase cuti-cuti sem je la dapat menjahit..actually sy x pakar dalam menjahit tapi setakat nak shared ilmu yg ada didada ni insyaAllah boleh :)

okay..see you againt....... (^_______^)

Friday, March 8, 2013

tidak .......!!!!

Tidak... anda tidak akan menyia-nyiakan umurmu seperti sedang senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

Tidak... anda tidak akan mengumpulkan wang dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

Tidak... anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri.

Tidak... anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak... anda tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan orang yang menganggur dan membuang waktu untuk perkara yang sia-sia.

Tidak.. anda tidak akan mengambil sikap tidak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wangi dan disiplin.

Tidak... anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Tidak... anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam, atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak... anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya.

Tidak... anda tidak akan berperangai membuang harta-benda denga perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara yang mubah dan berperilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan..

Wednesday, March 6, 2013

tutorial menjahit shawl halfmoon

assalamualaikum w.b.t

how to make halfmoon shawl..
ok..hari ni cf nk tunjukkan serba sikit tutorial nak buat shawl halfmoon.
tapi cf x dapat nak tunjuk shawl yg cf buat sebab x tangkap gambar dari awal cf buat..

step 1 : kain mestilah 1meter setengah.. ukur seperti yang ade di bawah.Untuk dapatkan bentuk separa bulatan yang cantik pastikan korang ikut ukuran seperti yang cf nyatakan ni okay.


step 2 : untuk bahagian tepi shawl ni, korang gi hantar ke kedai yang ade perkhidmatan jahit tepi halus..cost dalam anggaran rm2.50 - rm3.00

step 3 : untk bahagian atas shawl korang jahitkan seperti di bawah tapi dengan lipatan yang kecil sahaja ok dalam anggaran 2 - 3 hun tapi kalau korang nak jahit guna tangan pun boleh. Gunakan jahitan sembat susup @ sembat biasa okay..


step 4 : design kan corak jahitan manik yg macam mane korang inginkan..lukis gune pen @ pensil..agak-agak kalau korang x brape mahir macam cf ni lukiskan pada a4 pasper n tekapkan pada permukaan kain..then tekapkan je lakaran yang dah dibuat..

step 5 : mulakan menjahit manik dengan corak @ bunga kesukaan korang okay..

step 6 : dan ini hasil yg dah cf buat




Tuesday, March 5, 2013

dalam kenangan


assalamualaikum w.b.t


3/03/2013 bagi sesetengah orang tarikh ni cantik kan..?
tapi bukan pada aku, keluarga dan sanak saudara..
arwah atok md.noh bin salleh telah dijemput mengadap illahi selepas waktu subuh jam 6.40pagi..
aggaran usia arwah atok menjangkau 86 tahun pada ic..but pada we all atok mungkin sudah berusia 90 lebih..

terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur kehadrat illahi kerana sepanjang proses dari arwah meninggal hingga dikebumikan urusannya terlalu mudah...9.30a.m jenazah tiba di rumah (kampung felda sg.tiang,pendang, kedah) around 11.00am jenazah dimandikan dan dikafankan..tepat kol 12 pm segala urusan selesai termasuk pengebumian jenazah..alhamdulillah..

arwah sempat mengucapkan kalimah allah, allah,allah dan terus senyap ( meninggal )
bersyukur sgt2 arwah sempat mengucap..semoga allah merahmati jenazah arwah atok yang baru 3 hari meninggalkan kami..

teringat kenangan bila balik kampung je mesti atuk peluk cium aku..dan cucu-cucunya...
beliau x pernah membezakan kasih sayang pada cucu dan anaknya..
alhamdulillah..

semoga arwah atok tergolong dalam golongan para solihin..amian ya rabb..