Thursday, February 28, 2013

PSIS part 2

assalamualaikum w.b.t

dah semester akhir baru terasa ahhh lelahnye..tapi alhamdulillah masih dapat asrama..
actually, x perlu buat rayuan dapat asrama.. rezeki namanye..
di PSIS ni cost aku rase tinggi la jugak dari segi barang keperluan..tapi soal makanan alhamdulillah xde masalah lagi...

jom cuci mate situasi asrama di PSIS..

ASRAMA PSIS SEMESTER 3



ASRAMA PSIS SEMESTER 5


ni bilik sewaktu aku di semester 5.. luas ni je bilik yg dikongsi 2 orang..okay la tu kan.


situasi katil di asrama PSIS

gambar keseluruhan tempat aku..bayangkan macam ne nak susun semua ni bagi bilik x bersepah dan sempit..huh..


ASRAMA PSIS SEMESTER 6

gambar 4 : situasi bilik baru aku di semester 6 ni..baru x jugak la..dah 3 bulan dok sini

 saje aku bawak langsir lebih tu nak bagi bilik tu gelap la kononnye


meja study yang dikhaskan di asrama..bergantung nak hias macam ne pun..paper2 tu semua aku yang tampal sendiri sebab dinding di asrama sangat2 cantik sampai mate aku terasa sakit tengok dinding yang ade..so aku beli paper yg bercorak utk tutup noda-noda yang ade.. :)


masih di bilik yang same..pintu keluar masuk..hihi





PSIS part 1

assalamualaikum w.b.t

hah dah semester last baru la terasa nak update tentang PSIS ni..( bertuah betul kan )
okay jom kite cuci mate tgok apa yang ada di PSIS


gambar 1 : gambar yang diambil sekitar udara yang menampakkan situasi di PSIS


gambar 2 : first sekali kalau nak masuk PSIS mesti sini yang mula kita akan lalu
"pintu utama PSIS"

gambar 3 : gambar ini diambil di hotel anjung pesona milik PSIS..jangan x caye PSIS pun ade hotel tau

gambar 4 : di sekitar tasik PSIS


gambar 5 : gambaran dari luar hotel anjung pesona





 gambar 6 & 7 : lobi anjung pesona



gambar 8 : kaunter hotel


gambar 9 : bilik menunggu @ rehat



gambar 10 : ini la blog-blog asrama yang ade..gambar ini diambil di luar daripada PSIS

gambar 11 : dewan syarahan 


gambar 12 : yang belakang tu adalah pantai yang berada di belakng PSIS..cantik kan


gambar 13 : haaaa..ni la pantainye.. kikiki...indah kan ciptaan Allah S.W.T .. alhamdulillah

Wednesday, February 27, 2013

doa dapat menyelenyapkan cubaan

terkadang allah memberi nikmat 
kepada suatu kaum sesudah cubaan yang besar
dan menguji kaun lainnya sesudah memberi nikmat


kami memiliki 1 sahabat yang soleh dan gemar beribadah. isterinya sedang menderita sakit kanser dan dia memiliki 3 anak darinya. dunia yang luas pun menjadi gelap dimatanya.

seorang ulama menasihatinya melakukan solat malam dan berdoa menjelang datangnya waktu subuh dengan sentiasa beristighfar dan membacakan sesuatu pada air zam-zam demi isteri. dia selalu melakukan perkara ini, kemudian Allah membukakan untuknya dalam doa. isterinya mandi dengan air zam-zam di sertai bacaan yang tadi. dia duduk bersamanya dari solat subuh hingga terbitnya matahari dan dari waktu solat maghrib hingga waktu solat isyak. dia selalu beristighfar dan berdoa.

lema-kelamaan Allah melenyapkan penyakit yang dideritainyam dan memberinnya kesembuhan hingga kembali seperti sediakala. allah menggantikan kulitnya dengan kulit yang baru dan jua rambutnya dengan rambut yang baru.kini isterinya menjadi suka membaca istighfar dan solat sunat malam.

wahai saudariku jika engkau sakit, bergegaslah kepada allah. perbanyakkan istighfar dan doa serta bertaubatlah. bergembiralah dengan apa yang menggembirakanmu. sesungguhnya allah maha mengabulakan setiap permohonan, menghilangkan kesedihan dan keburukan..

Allah S.W.T berfirman :

" atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadanya .........."               ( surah Naml : 63)

apa ada dengan Engineering

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Engineering a.k.a kejuruteraan

alhamdulillah aku sudah melalui 5 semester di politeknik sultan idris shah, sabak bernam ini ( diploma in environmental engineering ) dengan pelbagai dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t..alhamdulillah berkat kesabaran aku berjaya berada di semester akhir...

Engineering?
ah ade ape dengan engineering ?
what? alam sekitar ?
kau mesti kerja sapu sampah nanti kan..

actually itu la yang kami pelajar2 kejuruteraan awam dan alam sekitar yang disingkatkan menjadi kejuruteraan alam sekitar..
begitu la perspektif kebanyakan orang yang menghina atau memandang rendah pada kos yang we all ambik sekarang ni..

cuba korang berfikir okay..apa akan jadi jika dunia tanpa jurutera ???

SEE

world without engineers
world without engineers
world without engineers
world without engineers
world without engineers
world without engineers
sumber : http://www.bom321.com/2010/05/jika-dunia-tanpa-engineers-apa-akan.html

sanggup korang tangok tv dengan melukis je tanpa ada tv yang sebenar..
sanggup korang jalan kaki tanpa ada kereta, motor, kapal terbang, dll..sanggup x?
berapa lama korang akan siapkan addmath, fizik dll tanpa terciptanya calculator..?
kalau x terciptanya handphone korang nak berhubung guna apa..?
cuba fikirkan okay...

so apa kene mengena dengan alam sekitar pulak?
okay sebelum sesuatu binaan @ penciptaan sesuatu yang baru faktor alam sekitar sangat2 menjadi keutamaan
kenapa?
korang sanggup melihat kemusnahan bumi dalam masa yang singkat
korang sanggup duduk 1 rumah dengan binatang2
dari mana korang nak dapatkan sumber oksigen kalau semua pokok2 ditebang??

tetapi dunia sekarang x seperti dulu..?
terlalu byk pencemaran..bukan xde tindakan di ambik tapi sebab utama x de kesedaran langsung pada diri manusia mengenai betapa pentingnya alam sekitar pada kita, flora n fauna

bumi ciptaan illahi 1 anugerah pada kita..tapi kenapa ramai yang x sygkn bumi
buang sampah merata..adakah korang rasa itu tabiat yang baik???sama sekali x kan..
cuba fikirkan okay... :)

luahan hati part 1



" dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani "
assalamualaikum w.b.t

hari in aku rasa mengapa aku ini x berguna dimata mereka
aku ini siapa..?usah ain kau terus berkata-kata
cuba kau ambil sedikit masa mengimbau masa lampau yang penuh dengan dosa dan titik-titik hitam
mengapa ain..mengapa..? x kan kau rasa kau rugi berduka kerana cinta yang tidak pernah ada kesudahannya..
bila terfikirkan tentang dari mana asalnya tulang rusuk yang berada di tumbuhku ini
aku sedaya upaya cuba mencari
namun ingatlah ain perancangan dari yang esa adalah sebaik-baik perancangn

mengapa mesti kau berduka kerana cinta ain
dunia ini terlalu luas
cuba kau lihat pada perspektif yang berbeza
cuba kau lihat keindahan ciptaan tuhan yang jarang sekali manusia syukuri
cuba kau lihat bumi yang sedang kau pijak kini
indah bukan
apalah sangat jika dibandingkan dengan rasa kecewa yang sedang kau alami..

masyaAllah aku terleka terlalu lama kerana cinta
cuba engkau perkukuhkan rasa cinta pada yang maha mencipta
insyaAllah kau pasti menemui jalan keluar...
amin ya rabb..

Friday, February 22, 2013

Halfmoon Shawl by SITI FAIRUZ



assalamualaikum

hari ni rase excited sangat nak shared shawl halfmoon hasil daripada jahitan aku sendiri.
dok poli pun sempat lagi menjahit?
lame x nak siap ?
letih x ?

sehari setengah aku jahit manik-manik pada shawl ni..dan alhamdulillah siap jugak..
agak2 korang kalau aku jual shawl halfmoon macam ni ade x orang nak beli x cuma aku pelbagaikan lagi corak dan design shawl ni..
aku guna kain chiffon yang selesa bila dipakai, manik yang menarik dan yang penting adalah jahitan yang kemas..

ni antara gambar-gambar yang aku nak sharedkan dengan u all..








cuba u all bagi pendapat u all tentang shawl hasil tangan aku ni..ok @ x..?
sebab boleh aku perbaiki pada masa akan datang..



Friday, February 8, 2013

masihkah ada keindahan

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirahim..bersyukur kepada Allah swt kerana aku masih lagi bisa bernafas dengan kondisi  yang sihat..alhamdulillah..
walaupun cuma mengira waktu yang entah bila untuk aku pergi kepadanya, aku masih lagi perlu berusaha dah terus mendekatkan diri pada yang esa...

" SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN DARI YANG MAHA ESA "

terasa macam nak menulis sedikit luahan isi hati..mungkin akan terubat luka-luka hati ni..
luka ini tercipta bukan atas sesiapa ianya atas salah sendiri

mmg seronok bila bercinta..ada yang take care tentang kita..tapi bila kecewa..seronok ke?
semestinya tidak kan..
actually aku pernah bercinta selama 6 tahun lamanya tetapi apakan daya jodoh tiada..
kerap kali hati aku dipermainkan oleh sidia tapi aku ni nakal..bagi je si dia peluang tapi bukan untuk kali ini lagi.
sudah cukup-cukup sudah kata hati
tapi mengapa ada pihak lain yg menjadi mangsa kerana amarah aku itu..
x terniat dihati nak mempermainkan hatinya ( mr.a )
at first niat aku nak bf yg sedia ada rasa sakit apabila aku pulak yang permainkan hati die
tapi kerana kuasa yg esa aku mula jatuh hati pada mr.a yang
dengan itu aku mula nekad ingin melupakan yang pertama
ternyata percaturan aku silap..mr.a makin terluka..
bodoh kan aku
actually, kenangan dengan mr.a terlalu banyak..
walaupun hubungan yang singkat bersamanya
mengapa singkat?
kerana aku yang ingin berundur kerana aku yakin dia pasti kan bahagia kelak
kenapa aku x pertahankan cinta ni?
kerana aku ingin merasa sendiri apa itu erti sebuah luka
x salah kan berkorban..aku nak mr.a bahagia..itu je
kalau aku terus bersama die mesti die x kan dapat lupa apa yg telah terjadi
aku yang mengkianati cinta suci mr.a
aku yg berdosa
and now..aku perlu focus untuk kecapi hidup bahagia
x mengapa x de bf
aku kene tabah..
aku yakin aku x laghi diperlukan oleh mr a dan aku x memerlukan yg lama..

ntah ape yg aku merepek pun ntah la...semoga allah merahmati kita semua
dalam kondisi otak dan badan yg x sihat semoga masih diizinkn aku untuk bernafas esok hari...

Monday, February 4, 2013

coretan hati

entah mengapa aku rasai sakit
sakit yang amat
terasa badanku seolah sakit x terkata
kepala menjadi berat
bibir x mampu berbicara

ya allah
dimanakah tempatku disisimu
aku manusia yang sering melakukan khilaf
aku manusia yang sering dihina ya tuhanku

tuhanku yang maha mengasihani
kurniakan aku kekuatan untuk menempuhi ujianmu
amin

indahnya dhuha

assalamualaikum w.b.t

keberkatan waktu dhuha aku mulai rasai
betapa indahnya dunia..hati kian tenang bersama doa
betapa indahnya waktu dhuha andai kita cuba untuk rasai

aku bermohon pada illahi agar dimurahkan rezeki
untuk membantu kedua ibu bapa yang selama ini berhabis kerana aku
diploma??
diploma bersama cinta membuat aku hanyut seketika
sakitnya cinta membuat aku sedar dan dekat pada yang esa
terima kasih cinta yang telah pergi
kerana engkau aku mulai pasrah dan redho..

dhuha...
indah dhuha waktumu
aku rasai ketenangan disitu
murah rezkiku kerana berkat waktu dhuhamu a
ku lakukan dhuha ini keranamu tuhan yang maha pemurah

perjalanan hidup aku yang mungkin masih panjang
membuat aku mulai bangkit untuk mengerjakan dhuha
demi mengejar sesuatu yang lebih diberkati
tidak dinafikan aku memaksa diri namun akhirnya
timbul ikhlas itu
terima kasih tuhanku... amennn

kerana aku yang khilaf


Tidak akan ada orang yang akan faham ape yang kita lalui dan rasai
sesungguhnya aku sedang merasai keperitan cinta itu..
kalau dahulu hati ini sering di toreh panahan pisau cinta darinya
tapi kini aku yang menggores hati manusia yang tidak berdosa
kerana sejarah cinta silam, aku menjadi kejam

Duhai hati tabahkan dirimu
duhai kasih pergilah engkau mengejar kebahagiaannmu
aku redho atas apa yang terjadi
kerana ianya khilaf aku sendiri

Duhai bayu yang bertiup
bawalah bersama salam rinduku padanya
bersama titisan air mata
ohhh…airmata
berhentilah demi cita-cita
usiamu yang masih muda
pasti banyak corak jalan yang akan dikau lalui

biarkan semua cinta itu pergi
cerita yang telah tercoret itu, kau padamkan dengan air mata yang telah melalui pipimu
demi hidup yang bakal engkau lalui
kau harus kuat
kuat dan terus kuat