Wednesday, February 29, 2012

kahwin???? semua nak

assalamualaikum w.b.t

terasa hari ni macam x bersemangat..am down...down...down...
wake up ain...!!!1

okay back to the main topic
kahwin???? semua nak


ade ke manusie yang x nak berkahwin.. dan dalam islam sendiri menggalakkan kite berkahwin jika sudah berkemampuan...

" Ya Allah.kurniakan kepadaku seorang bakal imam yang mampu mendorongku untuk mencintaimu dengan sepenuh hatiku,
kurniakanlah kepadaku seorang insan yang bertanggungjawap dalam mendidik aku dan bakal cahaya mataku kejalanmu Ya Allah "

PENDAPAT MENGENAI PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua  Bukan juga sampai tua.
tapi ini adalah perjanjian sampai mati.
sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing sebelum menempuhi perjalanan panjang tersebut.
terutamanya si suami. Jangan seronok sangat sebab digelar ketua. tapi pada dasarnya kamu memang tidak bersedia untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar yang Allah berikan kepadamu lelaki seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan seronok tersengih-sengih, bergambar mesra, berpeluk erat ( dan ditayang dengan bangganya di alam maya ) tapi bab bersuci pun entah ke mana.
Haid dan nifas 'bab orang perempuan' dianggap tidak perlu diketahui oleh lelaki.jangan silap okay..

Sebab itu tidak pelik, ada dikalangan suami yang memarahi isteri bila disoal tentang itu.
yang mereka kata :
" Awak kan perempuan takkan tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Seorang suami yang bertanggungjawab x akan mengungkapkan kata-kata seperti itu.
Bukan ke mengajar isteri mengenai fardu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya, adalah menjadi peranan utama si suami yang akan menanggung dosanya?
Bukan ke dah jadi kewajipan bagi seorang suami untuk menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar isterinya mengenai perkara-perkara tersebut?

DALAM KONTEKS MENCARI SEORANG IMAM BAGI WANITA

Tak kacak pun tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya juga tak mengapa, sebab kekayaan bukan bermakna hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak,tapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup,
itu dah dikira baik..seriessss

tapi ada juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya tidak terurus, pakaiannya selekeh yang amat dan langsung x menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama baginya dianggap perkara remeh.
memilih seorang imam bukannya mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, macam mane nak memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

BUANG TANGGAPAN "BIARLAH ASALKAN DIA BAIK" ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, yang penting dia baik. Dia sayang , prihatin dan aku yakin dia mampu membahagiakan aku...
Alhamdulillah, kau telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita x bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga macam soalan : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
kalau benar die lelaki baik tapi perihal agama die zero adakah layak untuk die digelar lelaki yang baik...
walaupun die romantik likes seorang romeo tapi die x fasih soal agama,
macam mane die nak didik bakal anak dan isteri die kelak...
ok, aku x cakap aku bakal dapat seorang suami yang baik dan tinggi agamanya, tapi disamping masa yang sama kite kene berdoa agar Allah menemukan kite dengan seorang suami yang baik akhlak dan bijak mengenai perihal agama...

kalau kite masih kerdil soal agama,
dan jika si sumi pun sama,
ape akan jadi dengan rumah tangga yang kite bina..

buat renungan kite bersama....
~ sekian ~

Monday, February 27, 2012

dahulu aku juga remaja sekolah

assalamualaikum..

hri ni aku just nak shredkn beberapa gambar zmn sekolah untuk tatapan sambil ingt memori pahit mnis..










Sunday, February 26, 2012

renungan bersama

assalamualaikum w.b.t

salam persahabatan untuk semua
wow!!!! isu yang agak sensitif akan aku kongsikan untuk bicara hati kali ni

pemimpin keluarga 
actually pemimpin keluarga yang aku maksudkan
teringat waktu belajar tasawur islam sem lepas ustaz menyatakan bahawa :

bagaimana seorang pemimpin mahu mendidik sebegitu ramai rakyat yang ada, tetapi mereka x mampu mendidik isteri dan anak mereka untuk menutup aurat dengan sebaiknya..." kata ustaz 
berfikir sejenak...benar fakta yang telah dinyatakan oleh ustaz kepada kami sekelas...

kalau dahulu manusia amat menitik beratkan soal penjagaan aurat tapi kini manusia sering meletakkan soal kewajipan menutup aurat ke tepi berbanding duit...

kalau dahulu ibu bapa memarahi anak mereka x menutup aurat tapi kini mereka juga x mengendahkan soal aurat kerana mereka juga sama seperti anak2 yang mereka terlalu mengikut arus fesyen semasa yang lebih menonjol pendedahan auratnya..
maaf bukan niat aku tuju kepada sesiapa antara pembaca namun ini sebagai renungan kita bersama..aku juga x sealim mana tetapi aku faham untuk berubah manusia memerlukan masa..tetapi bila difikirkan kembali mati x pernah menunggu manusia bersedia, apabila ajal sudah tiba, x akan tertinggal walau sesaat untuk malaikat melakukan tugas yang telah diamanahkan oelh Allah kepada mereka..." wahwahwah ko bercakap seolah kau alim je kan " : sura halus itu membisik kepadaku...

duhai hati, x salah untuk aku berkongsi cerita, kerana kelak Allah akan bersoal kepadaku jua..apa yang aku lakukan dengan laman sosial yang sering aku layari sewaktu didunia..pernahkan aku berkongsi ilmu kebaikan untuk tatapan semua..Ya Allah sungguh aku takut akan azab siksamu Ya Allah...

sedang rancak aku melayari laman muka buku akau terbaca satu status yang sangat2 menyentap hati aku..katanya :
" walaupun aku x bertudung, aku solat ( situasi sebenar die mewarnakn rambutnya, bukan dengan menggunakan inai )..dah aku masih x bersedia nak tutup aurat yang korng sibuk2 kenapa ? ade aku kisah korang nak buat ape, x de kan..,dh tu jangn sibuk2 hal aku..kubur lain2..dosa aku,akau tanggung sendiri "

Haiiii, awak yang pernah menulis status sebegini tolong!!!tolong!!!tolong!!! jangan ulangi lagi..seperti yang aku katakan mati x pernah menunggu kita untuk berubah.ku faham psti ade suare2 sumbang yang akan cakap alahhh ko bukannye baik sgt, tetapi aku berkata kerana ini juga tanggungjawap aku as umat islam yang kelak akan di soal..maaf andai ada yang terasa...inilah hakikat sebuah kehidupan..tiada manusia yang sempurna sepenuhnya..boleh ke kite cakap dengan malaikat yang diamanahkan Allah untuk mencabut nyawa kite :

" kejap-kejap jangan cabut nyawa aku lagi, berilah aku waktu dan peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan " kite x kan pernah bisa berkata sebegitu kepada malaikat kerana mereka melaksanakan perintah Allah tanpa berlengah...x kurang atau lebih walau sesaat..akan sentiasa tepat pada waktunya....

teringat aku satu ceramah yang aku dengar di laman u-tube tapi aku lupe name ustaz tu..tapi loghat utara dia berceramah....dia berkata :
" biaq p depa nak pakai tudung macm mana pun, hana tajima ka..tudung yuna ka...lilit sampai terbelit tengkok ka..biaq p depa..janji depa katup aurat..la ni zaman x macam dulu..,lama2 depa akan pikiaq dan akan tutup aurat depa dengan sempurna..."

jangan pernah sesekali anda berfikir Allah sengaja mahu menyiksa hambanya supaya menutup aurat @ ape2 je..
x baik..kerana Allah x pernah menyiksa hambanya...seriessss

kalau ko orang terkaya didunia, pernah x ko fikir dari mana datangnya wang itu..
memang dari hasil usaha anda tetapi dengan izin siapa anda boleh bergelar jutawan tu..?? fikir sejenak

kalau engkau ratu cantik di dunia @ di malaysia sendiri atau orang memuji anda cantik, pernah anda terfikir siapa yang anugerahkan kepada anda kecantikan itu... 

semua datang dengan kehendak dan izin dari Allah.....

ada satu peristiwa yang diceritakan oleh penceramah mengenai kebakaran dan cara2 menyelamatkan diri sewaktu terjadinya kebakaran: alkisahnya

ada wanita jelita, rambut panjang cantik menawan,.. sewaktu terjadi kebakaran di rumah die, die sempat melarikan diri..die tutup wajah die dengan rambut..tanpa diduga rambut tu terbakat dan melekat di muka die..dan akibatnya hilang sekelip mata kecantikan yang die miliki..rambut die botak dan x tumbuh lagi..
see..Allah boleh menarik kembali nikmat kecantikan yang diberi dengan sekelip mata... excident pun macam tu..kulit gebu tanpa cacat cela bila terlibat dengan kemalangan pasti akan tinggal kesan parut x kisah dimana... semua itu terjadi dengan kehendak Allah..kite x pernah bisa melawan takdir...sama2 kita bermuhasabah diri...

p/s ---> ini sekadr renungan kita bersama ...maaf andai ada yang tergores hati dengan coretan bicara dari aku untuk kali ini... (^____^)('")
 wassalam

Friday, February 24, 2012

Bila April

demi cinta
relaku olah semula
saat mula bersua...
mlm yg kian larut waktunya
pesanan darimu aku trima
kau hadir meghulur salam perkenalan
saat aku mulai berduka

kian berganjak waktunya 
kau menyata buih2 cinta
demi dendam itu aku menerimanya
malangnya dirimu kerna aku bukan sang setia


ya di April itu bermula episod cinta
terkadang kita gembira & ada kala kita berduka
kasih di hati kian dibajai oleh benih2 cinta darimu
dendam yg dahulunya membara kian terhapus kerna hujan cinta

saat2 gema suara lunak, 
yg sering mempersoalkan kita
ada nada2 kepedihan yg kian menusuk
menari bersama aliran darah & 
meretakkan tulang rusuk
kian hubungan cinta antara kita
menjadi rapuh diawal usia 

kini kita bangkit
bagi memperbetul segala
agar hbgan yg kita bina x menjadi sia

kini kita kembali ceria menyambung episod cinta
cinta antara kita


ya cinta antara kita yg benihnya dari sekolah itu
yg ku gelar "sekolah cinta"
suka duka disitu kita lalui bersama
meredah segala liku-liku suka duka 
di dalam sebuah cinta.
kini hanya cintamu yg ada didada
kusemat,kusimpul rapi agar ia kekal abadi
selamanya..

p/s : aieyn-sigadiskecil.blogspot tu blog lame aku..

sejarah roh manusia

Assalamualaikum..hye allssss..

aku nak share degan u all pasal sejarah roh manusia..teringat mase dengar ceramah bertajuk " The last Breath "..wow tajuknye je da mnarik minat ak.. utk pengetahuan u all kami yang dtg semua ngis n mgkin ade yg agk keras hati x ngis.. urmnn, banyak yg aku pelajari mlm tu..

berbalik pde tjuk aku hr ni about sejarah roh manusia..ade 6 alam yg akn aku tergkn,.ope u all sudi bace tntg hal ini untuk pengetahuan u all jgk..aku sekadar berkongsi ilmu kerana Allah..

pertama ; Alam Arwah
  • ni adlh alm pertama yg ditempuhi oleh roh2 manusie..mase ni semua roh berkumpul dihadapan Allah..Semua mengaku bahawa Allah adalah Tuhan..ini dinamakan perjanjian dengan allah..
kedua ; Alam Rahim
  • waktu ni la kite berada dalam kandungan seorg wanita yg bergelar ibu selama 9 bln 10hr..ade jgk yg kurg dr 9bln..sewaktu d alam rahim kite telah dihina dengan 4 jenis hinaan
  1. kite mule terbentuk hasil dari air mani yg hina
  2. mkn & mnum kite sewaktu d alam rahim ini adalah darah..
  3. siapa jiran kita waktu tu?? jiran kita adlh tangki najis ibu kita
  4. cukup mase kite dikeluarkan dari alam rahim hanya beberapa cm dari kemaluan ibu kita
ketiga ; Alam Dunia
  • diman alam yg sedang kita lalui sekarg..waktu ini kite gunekn dengan sebaik mungkin untuk beribdt kepada allh kerana kite dilahirkan sebagai hamba allah & ingatlah bahwe kite pernh mengaku dengan Allah bahawa dia tuhan kite..
keempat ; Alam Barzakh
  • ia lbh dikenali sbg alam kematian..alam kubur..dimana saat tu akn hadir 2 malaikat iaitu mungkar dan nangkir untuk menyoal kite tntg apa yg kite tlah lakukan d dunia..aku rse u all pn tau akan hal ni..jika baik amalan kite malaikat akan hadir dengan wajah yg baik daj jika sebakiknbye nasib kita juga begitu..
kelima ; Alam Mahsyar
  • waktu ni la amalan kite akan menentukan samada kita kan menuju ke syurga atau sebaliknya..sama2 kita berdoa agar kite terhindar dari azab siksaan kubur dan api neraka..oleh itu kite perlu sama2 merubah diri kite agr menjadi lebih baik..
keenam ; syurga
  • mcm ape yg aku tahu semua umat islam akan masuk kesyurga setelah usai hukumannya..tp jgn u all bersuke sbb fikir la 1 hari didunia bersamaan 1000thun di akhirt..masyaAllah..allah dah bg kite mcm2 amarn n petunjuk mengenai dunia akhir zaman..semua Allah dah ceritakn didalam Al quran tp knp kite gelapkan mate hati kite dari berfikir betapa hampirnye tiba waktu kiamat..same2 kite berubh kearah lbh positiv..
u all tau x kad pengenalan yg sebenar adalah ape????
yg sbnr2 kad pengenalan kite adalah batu nisan sbb disitu tercatat tarikh lahir dan tarikh wafat kite..

" SELESAIKAN DAHULU URUSANMU DENGAN ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MEMBANTU MENYELESAIKAN URUSANMU DENGAN DUNIA "manusia". "

wassalam....

walimatul urus cousin

assalamualaikum w.b.t


kompang di palu pengantin malu
duduk bersanding tersipu malu
moga bahagia ke anak cucu  ohhh sebenarnye x persandingan sewaktu majlis ini berlangsung 

saje aku berfikir n terus bersetuju untuk mempamerkan gambar di sekitar majlis perkahwinan sepupu aku
lokasi : kampung bukit, kedah 







 ok, wassalam

Latihan Industri ku

assalamualaikum w.b.t

bersyukur kepada Allah kerana tmpt LI ku mmg best.. hehe.. tp kenapa???
oh...mereka di sini sungguh prihatin..
tapi dimana tu???? 
Jabatan Pengairan Dan Saliran, Daerah Manjung, Perak


seriesss, aku tenang disini tanpa sebarang anasir2 jahat diluar sana.. 
alhamdulillah

mule la aku berangan oh,,,bestnye dunia pekerjaan..seriesss

entry aku kali ni just nak pamerkan situasi atau gambaran tepat aku praktical...
malas aku nak membebel atau berpuisi panjang2...
jom nikmati keindahan ciptaan Allah dan tempat duduk aku di jps ni..


 

taraaa... tmpat duduk aku disini
 

kedua2 kawasan ini di kawasan pantai remis... cantik kan



ini pantai tanjung kepah...kenape ade batu2 tu??
tujuannye untuk mengelakkan hakisan yang berlaku dari menjadi lebih seriesss
bila air pasang pasir yang ikut bersama ombak x kembali ke laut dalam kadar yang banyak..
alhamdulillah projek ni berjaye.. hehe

  pantai teluk nipah


 pantai Teluk Senangin

 pantai Lumut

 pantai Pasir Bogak

 pantai Pelanduk
 

Pantai Teluk Murok


pantai Teluk Nipah


damar laut


monkey bay...

see keindahan ciptaan Allah sungguh indah... 
best kan tmpt2 mcm ni...

bergembira..bergembira
bergembira tepuk tangan sama-sama
kita menyanyi goyang badan goyang kaki
hohoho..hohho bergembira....

Thursday, February 23, 2012

warkah buat bakal imamku

Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

maaf andai warkah ini x menyenangi hati kalian..namun aku hanya mahu meluahkan ap yang bersarang di benak fikiranku..

assalamualaikum wahai bakal imamku
pernah dahulu aku terfikir aku mahukan bakal imamku berwajah tampan agar mataku x jemu memandangnya..
namun pabila usia berganjak dewasa baru aku bisa menilai bahawa bukan paras rupa yang aku dambakan..
hanya keikhlsan dan keukuhan agamanya aku harpkan.

wahai bakal imamku?
bagaimana cintamu kepada Maha Pencipta??..
seharusnya kamu meletakkan cintamu padanya di carta teratas..
carta dimana tiada manusia yang layak berada disitu...

cukupkah solat fardumu..?
seandainya tidak bagaimana dikau mahu membimbing aku yang masih lagi melangkah terhuyung hayang..
memang benar duhai bakl imamku lelaki baik untuk wanita yang baik
terkadang sengaja Allah temukan kita bersma insn yng kita rasa salah
tujuannya untuk kita membimbingnya kejln benar...
pasti ada hikmh disebaliknya..

duhai bakal imamku
taatilah kedua ibu bapamu
letkkan mereka di carta atas sebelum aku....
kerana kedudukan syurgamu masih ditelapak kaki ibumu..

cuma satu impian yang menjadi harapanku
walau siapa pun dirimu aku berharap dikau akan menerima diriku seadanya
kerana aku x secantik Aisyah
seandinya wajah yang menjadi pendangan utamamu
sungguh aku x layak kerana aku x miliki paras rupa yang diidamkan para jejaka
aku x secekal sumaiyah yang mampu mengharungi liku2 hidup dengan ketabahan

untuk pengetahuanmu bkal imamku
aku sering menjdi bahan makian manusia
sungguh aku lemah, x berdaya
dugaan Allah membuatku pasrah atas segalanya
kerana aku hanya wanita biasa
serba kekurangan

sekian ..wassalam

Wednesday, February 22, 2012

CONTEST BLOG PALING CANTIK !

ASSALAMUALIKUM
HI, U ALL NAK JOIN CONTEST NI...
FOLLOW SEGALA PRASYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OK


 
SYARAT2 UNTUK SERTAI CONTEST INI :

1. FOLLOW BLOG FYZA (WAJIB) FYZALIFE
2. LIKE PAGE PRINCESS FYZA
3. SERTAKAN LINK  CONTEST BLOG ANDA DI RUANGAN KOMEN SAHAJA
4. TARIKH TUTUP 29.2.2012
5. MEMBUAT ENTRY DI BLOG ANDA TENTANG CONTEST DI BLOG CIK FYZA INI OKAY

DAN HADIAH SPECIAL IALAH :




Pemenang 'Grand Prize' akan mendapat:

1 X Baju BLOUSE dari PRINCESS FYZA
1X CASH RM50 
1 X  HandBag Esklusif bernilai RM25 PRINCESS FYZA
2 X Shawl dari Sponsor Shawl 
3x headear percuma & edit (ikot name blog)
(klu pemenang ny lelaki shawl nie akn di tukar kpd PERFUME DASHING )

P/S ---> menarik kan..so cube la mane tau rezeki memihak kepada u all.. good luck guys
copy and paste..easy bukan...